Sunday, September 14, 2008

Temuramah Tun Dr Mahathir dengan Aljazeera (2006)

Temuramah Tun Dr Mahathir dengan Aljazeera (2006)

Part 1

S: ---
J: awak tengok di Barat apa dah jadi. Mereka mendakwa Islam mengajar penganutnya menjadi pengganas. Ini tak benar. Juga tak benar dia kata ni ialah perbuatan penganut Islam fundamental (asas). Inilah perbezaan umat Islam yang dibezakan dari ajaran Islam. Di Malaysia awak tak boleh kata Malaysia moderate Islam (Islam sederhana). Kami bukan moderate. Kami hanya mengamalkan ajaran Islam yang asas.
S: boleh juga disebut moderate...
J: bukan. Bukan moderate. Cuma kami berbalik kepada ajaran Islam yang asal.
S: awak terangkan mengapa bukan moderate
J: jika awak kembali kepada ajaran Islam sebenar awak akan jadi bertimbang rasa, terpelajar, progresif itu yang diajar oleh Islam. Tapi orang ni dah membuat Islam dipandang extrimis. Mereka tak mengamalkan ajaran Islam sebenar & akan menampilka n salahfaham terhadap Islam.
S: berkaitan isu semasa Arab didakwa menjadi pengganas dengan menjadi pengebom berani mati
J: saya tak setuju kata mereka pengganas. Memang mereka Arab; & keadaan yang terdesak, mereka takde tank, jet fighter, & kelengkapan perang jadi apa yang boleh mereka buat? Mereka balut badan mereka dengan bom & letupkan diri mereka.
S: mereka akan dilabel pengganas kerana menjadi pengebom berani mati...
J: membunuh orang tak bersalah, kanak-kanak, mengebom negara lain inilah pengganas. Kerana orang yang menanti dibom dalam ketekutan menunggu apa yang akan jadi pada mereka. US ialah pengganas sebenar.

Part 2

S: bagaimana awak lihat perkembangan kuasa nuclear seluruh dunia?
J: kita dalam ketakutan.takut pada kuasa nuklear. Jika kuasa nuklear boleh mengancam kita dari menyerang kita mengapa kita tak berhak mengancam mereka dari menyerang kita. Siapa yg menyerang siapa sekarang ini? Adakah negara Islam merayau & menawan mana2 negara? Mereka hanya mempertahankan diri mereka
S: tetapi Iran nmpknya tertekan mengancam negara lain ...
J: Iran berhak mengancam pihak lain dari menyerang Iran. Iran telah diserang sebelum ini oleh Iraq dibawah percaturan US. Selama 8 tahun mereka kehilangan 1juta rakyat. Jika US kehilangan 1juta rakyat awak tahu apa akan dbuat? Dia akan bom seluruh dunia.
S: Presiden Ahmenijad dipetik berkata Israel akan menjadi sasaran jika ia terlibat menyerang Iran. Adakah apa2 salah faham?
J: ia boleh dijadikan sasaran jika Israel menyerang Iran. Kenapa tidak. Jika Iran diserang kenapa Israel tidak boleh dijadikan diserang oleh sesiapa? Siapa yang mengganasi siapa di Palestin? Bukan rakyat Palestin. Israel. Mereka melakukan pembunuhan beramai2. Penempatan mereka dibulldoze begitu sahaja. Siapa pengganas?
S: adakah awak berfikir ia (US) terdesak untuk berbuat demikian?
J: well, ia memang begitu. Tapi saya fikir dia telah melakukan kesilapan besar kerana mereka fikir mereka blh bertindak seperti seperti mereka buat pada Iraq. Dia dah cukup bagus untuk berfikir jika dia ada nuclear, dia boleh buat apa dia suka.
S: nampaknya awak cenderung mengkritik barat. Apakah awak tak takut kesannya?
J: I don't care.saya buat apa yg saya fikirkan betul, mereka nak nasihatkan saya mereka boleh nasihatkan. 1 perkara saya xbenarkan anggota saya membuat hubungan sulit dengan mereka, saya tak izinkan gambar saya ditampal ditempat awam, malangnya begitu cepat mereka lupakan saya.
S: adakah awak tak menyesal rakyat awak tak mendengar cakap awak?
J: No. Tak engapa. People are very fittle. Mereka suka menghentam apa saja. Awak boleh dipuji oleh seorang dan awak boleh dihentam oleh seorang yang lain. So what? Awak tak boleh kemana.

Part 3

S:ada yang menyatakan legasi awak bertukar dalam beberapa hal…
J: legasi saya, jika ada seorang boleh merosakkan Negara saya, saya ada hak untuk mengkritik
S: Rosak apa yang awak maksudkan?
J : itu... Banyak benda yang dilakukan boleh merosakkan negara. Nanti akan makan masa lagi 1jam dari apa yang kita ada hari ini.
S: salah satu kritikan ialah pemerintahan awak yang menyebabkan masalah perkauman sangat buruk. Adakah awak terima kritikan ini?
J: saya tak terima. Awak pergi tanya cina & India adakah mereka membenci saya kerana agama mereka ?
S : Anwar Ibrahim kata masalah perkauman timbul salah satunya disebabkan sekolah wawasan...
J: no. Ini perkara biasa kepada setiap negara supaya mempunyai sistem pendidikan kebangsaan. Tetapi malaysia sudah cukup baik membenarkan sekolah yang bukan melayu / islam. Awak lihat dinegara lain,mana nagara yg memberi bantuan kepada sekolah pendatang?
S: 1 lagi kritikan berkaitan ini ialah tindakan kerajaan yang tidak membantu perpaduan kaum
J: saya tak tahu sekarang tapi sepanjang masa saya, saya kritik kanan kiri dan tengah. Awak jangan baca binocular press. Mereka takda benda baik nak dilapor keatas saya semasa saya menjadi Perdana Menteri.
S: Anwar kata yang pendapatnya tak disiar sebagai kebebasan media & intelek...
J: ini demokrasi. Kami adalah majoriti & bila tiba pilihanraya rakyat masih memilih kami bermakna mereka menyokong tindakan kami. Melainkan awak kata minoriti mesti dapat kelebihan berbanding majoriti.
S: mengenai DEB pula, ia nampaknya melebarkan jurang antara kaum…
J: no. Ia bukan membezakan kaum, ia cuba menyamaratakan status semua bangsa.
S: maknya DEB adalah diskriminasi positif…
J: yes it did
S: Tapi tidak adil dalam pembahgian ekuiti...
J: no. Ada pihak yg berhak kerana mereka mempunyai sebab kukuh. Kita merasakan jika kita DEB situasi hari ini akan lebih teruk & akan berlaku pergaduhan antara kaum.
S: tapi...
J: take away apa yg kita capai dalam DEB, biarkan orang melayu begitu miskin awak akan lihat apa yg berlaku.
S: tapi...
J: take it away. Biarkan orang melayu begitu miskin sebagai petani & penanam padi, mereka akan lihat bandar bukan milik mereka & mereka akan hanguskan semua sekali. Mereka telah buat sebegini pada 1969.
S: sekarang awak kerap mengkritik kerajaan sedia ada rasuah, kepimpinan lemah, salah guna kuasa dan lain2…
J: yes of course
S: apakah awak tak buat semua itu semasa awak Perdana Menteri?
J: Buktikan saya terlibat dengan rasuah. Tapi sekarang cukup bukti kukuh keluarga Perdana Menteri sangat kaya. Anaknya sudah sangat kaya sehingga dia tak perlu apa2 bantuan, menantunya ada 'tangan' dalam pentadbiran walaupun dia tiada jawatan dalam kerajaan, kakak iparnya ada perniagaan yang dia tak pernah miliki sebelum ini, dan banyak kontrak dikeluarkan dengan cara tidak telus.
S: bukankah itu juga dilakukan awak semasa awak perdana menteri..?
J: you can charged me but prove it.!
S: mengapa awak lantang mengkritik pengganti awak sedangkan awak melantiknya by hand?
J: well, saya kecewa. Saya tak pernah fikir akan jadi macam ni. Kerana orang ini difikirkan sebagai Mr. Clean ... You know sepanjang masa saya, saya tak benarkan ahli keluarga saya terlibat dalam politik. Mereka mencadangkan (Mukhriz) bertanding dalam pilihanraya saya kata tidak!.tetapi sekarang saya lihat pengganti saya membiarkan ahli keluarganya terlibat dalam setiap aspek pentadbiran.
S: bagaimana pula tuduhan awak membuat pendakwaan politik keatas Anwar Ibrahim dan layanan buruk terhadap beliau.
J: saya buat apa yang saya perlu buat. Jika seseorang buat salah walaupun kedudukannya tinggi dalam kerajaan ia akan terima akibatnya. Dia dipertahankan 9 peguam, perbicaraan berjalan 9 bulan, seluruh datang melihat perbicaraan & dia dibicarakan dalam mahkamah terbuka.
S: pendakwaaan nampaknya tunggang terbalik sehingga orang tak percaya…
J: ya mereka takkan setuju dengan apa yang saya kata sehingga mereka kata saya bohong sama sekali. Saya tahu apa yang saya buat, buat jelas mengikut peraturan.
S: ok Tun. Saya harap Tun tak kecil hati dengan temubual saya
J: tiada sama sekali
S: ok 1 soalan akhir. Adakah awak fikir baki 2 tahun pentadbiran Bush akan bertambah baik?
J: well, lelaki ini dah mengejutkan semua orang bukan sahaja PBB. Sekarang sebagai Ketua Komanden dia kata dia boleh hantar 20,000 tentera samada Kongress setuju @ tak. Inilah jenis manusia yang dipilih melalui kerajaan demokratik;dia melakukan sesuatu samada demokrasi tak setuju & tak se;atutnya berlaku. 1 hari nanti awak boleh undi seorang lelaki gila yang akan tekan suis start & melancarkan perang nuklear

Tun Mahathir tqvm

Welcome

Analisis

  1. Part 1 & 2 menggambarkan sikap, pandangan & pemikiran Dr M dalam isu antarabangsa. Sikap ini bukan saja dilahirkan selepas beliau pencen, bahkan sejak memegang jawatan lagi beliau memang bersikap tegas terhadap ketidakadilan kuasa besar.
  2. Isu islamophobia. Dr M juga bersikap tegas terhadap pemimpin dunia yang menindas negara Islam. Mengenai Islamophobia, beliau menjelaskan salah faham melalui surat & perbincangan ketika persidangan antarabangsa. Antaranya surat beliau kepada Putera Charles, Bush & Blair. Terutama sekali ketika peristiwa 9/11, Bush & Blair menyalahkan umat Islam 'this was done by fundamental Muslim' (ini dilakukan oleh penganut Islam asas) Dr M menegaskan kepada mereka hal sebenarnya dan keadaan umat Islam yang tersepit di Palestin, Iraq, negara Afrika dll berpunca dari tangan mereka sendiri.
  3. Isu palestin, anti Halliburton & anti semitik. Dr M memang sekian lama bersimpati dengan nasib Palestin. Justeru beliau menyarankan kepada Bush, Blair, Chirac & pemimpin dunia supaya tentera PBB ditempatkan di Palestin dan pengunduran yahudi dari Tanah Palestin berperingkat seperti yang dipersetujui Yitzak Rabin & Yasser Arafat. Tetapi beliau bukanlah seorang anti semitik kerana anti semitik rasisme bertentangan dengan Islam. Beliau masih meneruskan hubungan tidak rasmi dengan yahudi dalam bidang sukan, ekonomi dll. Ucapan beliau ketika persidangan APEC (di Shanghai) &mempengerusikan persidangan OIC 2003 (di K Lumpur) 'today the jews rules this world by proxy' memberi harapan kepada dunia Islam Malaysialah yang akan memperjuangkan suara dunia Islam & negara ketiga.
  4. Part 2 berkisar tentang kritikan sepanjang pemerintahan beliau. Dr M diburukkan depan Arab, Cina, Singapore, Amerika, Israel dll
  5. Sek wawasan. Sekolah wawasan ialah keseinambungan Penyata Razak & konsesi kontrak sosial sebelum merdeka lagi. Sekolah wawasan menghendaki 1 sistem pendidikan menggunakan bahasa kebangsaan. Justeru bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil @ Cina akan dihentikan berperingkat. Dr M hanya melaksanakan perjanjian pemimpin terdadulu, bukan bertindak mengikut kehendak nafsunya.
  6. DEB. Ramai yang sinis apabila isu DEB dibangkitkan semula. Ini kerana DEB dilabel sebagai saham, kuota yang diagih kepada aristokrat UMNO sahaja. Lebih dari itu DEB meliputi kuota penjawat awam, jawatan2 JUSA (Naib Canselor, Gabenor Bank Negara, ) agensi2 MARA, dll. Walaupun DEB telah disalahguna tak dinafikan 'diskriminasi' ini dah melahirkan ramai kumpulan moderate & professional Melayu.
  7. Hal anak2 Dr M. Ramai yang beranggapan anak2 Dr M mendapat kontrak kerajaan yang banyak & mereka imuniti dalam perniagaan mereka. Paling jelas pengambilalihan MISC (asalnya milik Mirzan) oleh Petronas ketika kegawatan ekonomi 97. Tapi ramai yang tak ambil perhatian dalam masa yang sama Mokhzani sasau kerana perniagaannya muflis, Mokhzan terpaksa menjual semua sahamnya dalam Tongkah Medivest (Tongkah Medivest pemegang saham major Pantai Holding) & lain2 masalah adik beradik mereka. Mengapa Dr M tak selamatkan semuanya sekali? Mukhriz tak dibenar terlibat dalam politik walaupun nak menjawat Penolong Bendahari Pemuda
  8. Hal keluarga Pak Lah. Perniagaan kakak ipar, Asiah Mahmood yang dimaksudkan ialah mengambil bahagian dalam Program Oil for Food. Asiah mengambil kupon atas syarikat Mastek manakala suaminya Tradeyear. Modal berbayar Tradeyear hanya RM 2 manakala rusniaganya mencecah 6 angka. Program Oil for Food menjadi skandal antarabangsa & disiasat pelbagai agensi dunia. Nama Abdullah Ahmad Badawi terpalit dalam skandal ini. Walaupun Wisma Putra berjanji menyiasat tetapi sehingga hari ini tiada laporan rasmi dibuat. Lain2 faham sendiri la kot

    pembaca boleh menilai sendiri samada isu yang berlegar disekeliling kita. Kebenaran ada dimana2.

Dibawah klip format 3GP

klip 1 di youtube http://www.youtube.com/watch?v=dbzGyxRCTuY

klip 2 di youtube http://www.youtube.com/watch?v=vDjXkGhHpHw&feature=related

klip 3 di youtube http://www.youtube.com/watch?v=OwwxshHmKuQ&feature=related

No comments: