Bahagian 1
Perolehan pesawat tempur pelbagai guna (multi-role fighter) baru, SU 30 MKM menjadi bualan hangat kebelakangan ini. Masyarakat berbagai latarbelakang profesion mula mengambil endah hal ini. Jarang sekali isu-isu pertahanan menjadi topik utama perbualan harian masyarakat Malaysia. Dengan tulisan ringkas ini, kupasan mengenai SU 30 MKM akan di bincangkan setelah merujuk dan mengolah beberapa sumber tempatan dan antarabangsa.
LATAR BELAKANG
NAMA
Nama pesawat ini ialah sukhoi. SU 30 ialah siri Sukhoi yang dibangunkan iaitu SU 22М3, SU 22М4, SU 24МК, SU 25К, SU 27SК, SU 27UBK, SU 30МК, SU 32, SU 33, SU 35 dan SU 37. Negara – Negara NATO pula menggelarkan pesawat ini “Flanker” (mungkin kerana sayapnya dilengkapi persenjataan yang menggerunkan). KnAAPO pula singkatan dari Komsomolsk-on-Amour Aviation Production Association. Kilang pengeluar sukhoi ialah Irkut Aircraft Production Association (IAPA, sekarang Irkut Corporation). Pembangunan system pula dilakukan oleh Sukhoi Design Bureau OJSC (sekarang JSC).
IDEA PEMBELIAN
Idea pembelian sukhoi dicetuskan oleh Menteri Pertahanan, Najib Tun Razak semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (Defence Service Asia) pada 2002. Selanjutnya ketika lawatan rasmi Presiden Rusia, Vladmir Putin pada 2003 perjanjian dimeterai untuk pembelian 18 unit SU 30 dengan kontrak bernilai RM 3.4b atau AS $ 900j. Dengan transaksi ini, Rusia membenarkan timbal atau pertukaran dengan nilai 30% ataupun RM 1.06 b. Antaranya Dr Mahathir meminta Rusia memberi latihan kepada Program Angkasawan Negara. Pembelian ini bukanlah dengan transaksi wang seperti perniagaan biasa tetapi sistem barter iaitu Malaysia akan membayar nilai dengan barangan komoditi.
TIM PROJEK SU 30 MKM
TUDM telah lama merancang mendapatkan sukhoi. Bahkan sukhoi bukan lahir pada awal 90 an tetapi Sukhoi T-10 wujud sejak awal 70 an lagi. Sebaik kerajaan bersetuju dengan pembelian sukhoi, TUDM terus membentuk TIM PROJEK SU 30 MKM. Tugas Tim ini ialah merancang pembangunan sukhoi berdasarkan spesifikasi TUDM (upgrade menjadi MKM). Dengan kata lain, Tim ini bertanggungjawab mengIslamkan sukhoi dengan membuang instrumen dari Israel diganti dengan instrumen buatan Negara EU, Afrika dan India. Tim ini ‘tinggal’ di Moscow dan Irkut – kilang pengeluar selama 4 tahun. Dengan semangat kerja berpasukan, Tim ini gagah menghadapi kerenah dan dugaan terutama bekerja dengan mereka yang lain budaya, bangsa dan pertuturan. Antara tugas Tim ini ialah
· mengesahkan penerimaan, membuat verifikasi instrumen avionik dari Perancis, Jerman, dan India.
· Memeriksa spesifikasi supaya mengikuti standard dan membuat uji kualiti.
SU 30 MKM di Irkut
FLANKER TERBAIK DI RANTAU ASIA BAHKAN TERMAJU DI DUNIA KETIKA INI
Sukhoi – sukhoi di Asia
India ialah negara pertama menempah sukhoi dari Rusia. Rundingan pembelian SU 27 mula diadakan pada 94. Sukhoi Design Bereau mula merancang pembikinan sukhoi berdasarkan kehendak Ankatan Tentera India (IAF). Pada 30 November 1996 perjanjian antara Negara dimeterai untuk membangun dan menghantar 8 unit Su-30K two-seat fighters and 32 Su-30MKI multi-role two-seat fighters dengan penambahbaikan (upgrade) avionik, bekalan kuasa (powerplant), dan persenjataan.
Pada 2004, SU 30 MKI diletak dalam perkhidmatan 2 Skuadron Angkatan Tentera India. Dengan pembuatan SU 30 MKI,
· Sukhoi Design Bereau mencatat sejarah dengan membuat intergrasi berskala besar pada avionik. Sistem avionik yang ditukar dibuat oleh 14 firma asing dan menjadikan pesawat ini begitu berkuasa.
· Kerjasama pembangunan dan penyelidikan (R&D) dijalankan bersama. Kerajaan India menubuhkan Hindustan Aeronautics Limited (HAL) setelah melihat kepentingan R&D dan keuntungan jangka panjang perniagaan sukhoi. Salah satu hasilnya, membuat pembangunan untuk versi MKM.
· HAL juga diberi hak memasar dan membuat penjagaan selepas jualan (mantenance dan sale & service) untuk negara serantau.
HAL telah memainkan peranan dengan begitu baik sekali. Dengan manfaat R&D dan penyelengaraan yang dijalankan, HAL berpotensi besar menjadi pembekal instrumen avionik yang dominan seperti Israel. Pada tahun 2002, pendapatan HAL telah meningkat 20% kepada RM 400j.
China ialah negara kedua yang memiliki sukhoi di Asia. Design Bureau mula mengeluarkan SU 30 berdasarkan kehendak People's Liberation Army Air Force (PLAAF) pada 97. Design Bureau menyiapkan prorotaip pada 99. SU 30 MKK tidak banyak membuat perubahan pengilang sepertimana yang telah diminta oleh IAF. Perubahan yang diminta hanya pada bahagian nose. Pada tahun 99 juga SU 30 MKK 1 mula di pandu uji. Tidak lama kemudian, 10 unit pertama dihantar pada disember 2000. SU 30 MKK 2 dibuat tambahan persenjataan dan beberapa susunan avionik lain. Versi ini kemudiannya menyamai SU 30 MK Indonesia pada 2003.
Indonesia ialah negara ketiga menempah sukhoi dari Rusia. Lewat April 2003, Presiden Indonesia, Megawati menandatangani MoU dengan Kerajaan Rusia untuk membekal 4 unit sukhoi; 2 unit SU 27 SK dan 2 unit SU 30 MK (tidak dapat di sahkan versi SU 35 atau SU 30 KI). Spesifikasi khusus juga tidak diperolehi; keupauayaan keluarga sukhoi boleh di naik taraf (upgrade) dengan banyak. Dijangkakan Susilo Bambang Yudhiyono akan membuat lawatan ke Rusia dan membeli lagi pesawat ini dan kelengkapan lain yang agak besar.

Satu sumber yang saya perolehi, Vietnam juga negara yang memiliki sukhoi di Asia. Pada awal tahun 90an, Viatnamese People Air Force (VPAF) telah memiliki beberapa pesawat SU 27. Pada Mei 95, ia menerima 5 unit SU 27KSs dan sebuah SU 27UBKs. Pada Disember 2003, kontrak bernilai AS $ 100j dimeterai untuk 4 unit SU 30K2V2s. Pada November 2004 KnAAPO menghantar 4 pesawat tersebut ke Hanoi. Sekarang, VPAF dilengkapi 16 unit sukhoi (siri SU 27 dan SU 30) berpangkalan di Phang Rang dibawah command VPAF’s 370th Bahagian Udara. Masalah yang dihadapi ialah tiada sumber rasmi. Rujukan saya di sukhoi.org dan KnAAPO juga tidak menyebut perkara ini. jika maklumat ini tepat, maka Vietnam ialah negara kedua memiliki sukhoi. Dr Carlo Koop menyatakan fakta ini dalam analisis bertajuk Lockheed-Martin / Boeing F-22 Raptor; Assessing the F-22A Raptor tetapi tidak menghuraikan dalam artikel – artikel lain.
Imej SU 30K2V2 dalam Majalah Tempur Ogos 07
Flanker Termaju Di Dunia Ketika Ini
Benarkah sukhoi pesawat termaju didunia ketika ini? Teruskan membaca dan analisa disediakan dalam bab akan datang.
No comments:
Post a Comment