Thursday, April 30, 2015

Ceramah Abang Abu di KUSEL, Shah Alam 29-4-2015

Pada 29-4-2015, Rabu saya telah hadir ke Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam bersebelahan dengan Hotel Blue Wave untuk mendengar perkongsian bersama Abang Abu. Majlis anjuran Kelab Usahawan Selangor (KUSEL) ini berlansung tiap rabu dengan bertukar2 penceramah.

Abang Abu Abulyamin, Mekanik Wang merupakan jurulatih kewangan terkemuka di Johor & Singapura. Beliau antara Melayu yang terkemuka & berjaya di Singapura serta mendapat pengiktirafan di Singapura.

Jom kita dengarkan perkongsian beharga dari beliau


Tuesday, April 28, 2015

Meninggal Akibat Dipanah Petir

Khamis, 23 april 2015. 2 meninggal manakala 2 lagi cedera parah akibat dipanah petir petang ini. Mangsa ketika itu sedang mencari kelulut di Taman Bahagia, Jasin. 




Sama2 kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat.

Sunday, April 26, 2015

Seminar Mudahnya Menjemput Rezki 25-5-2015

Pada 25 april, sabtu lalu, saya telah hadir ke seminar Mudahnya Menjemput Rezki. Ia dianjurkan oleh pasukan Aura Rezki yang diketuai oleh Puan Julinda.




Pasti anda ada terlihat atau terbaca buku Mudahnya Menjemput Rezki tersebut. Kali ini, Puan Areena Bt Abdul Rahman selaku jurulatih telah berkongsi dengan kami dengan lebih mendalam tentang ilmu ini. Beliau juga memberikan testimoni & contoh2 kisah kejayaan dari esi group coaching atau personal coaching yang beliau kendalikan sendiri.


7 sunnah asas telah diberikan menjadi asas kepada peserta menjadi formula untuk hati kita bergantung sepenuhnya kepada Allah. Hanya dengan bergantung sepenuhnya kepada Allah, maka kekayaan itu akan datang dengan sendirinya. Mintalah kepada Allah. Dia yang maha Pemurah, Maha Kaya, Maha memiliki segalanya

7 perkara tersebut adalah :

  1. Solat diawal waktu
  2. Solat duha
  3. solat tahajud
  4. Sedekah
  5. Istighfar, selawat
  6. Baca alquran dengan  melihat maknanya (tadabbur)
  7. Wudhuk 

Berikut adalah sedutan video :
Tips ke 6 & 7

Sesi Mendoakan

Sesi Soal Jawap








Sesi terapi memaafkan & meredhokan
















Sesi mengenal diri melalui warna & unsur





Hubungi Puan Areena

Penganjur telah memungut wang derma kepada peserta sebagai latihan memberi. Sejumlah RM 1,200 telah berjaya dikutip telah diserahkan kepada 3 ibu tunggal yang hadir dalam seminar tersebut (setiap orang menerima RM 100), manakala 3 sekolah tahfiz & rumah anak yatim diberikan masing2 RM 300.

Wang yang didermakan oleh peserta di dermakan kepada pusat Tahfiz & anak yatim


Wednesday, April 22, 2015

Ceramah Ustaz Haryanto Rokman di Monalisa Wealth Advisor

Pada 20 april 2015, Isnin saya dijemput ke 1 majlis ilmu anjuran Monalisa Wealth Advisor oleh CEO nya, Dato Seri Mahadi BZ. Saya hadir & mendengar ceramah yang dibawa oleh yang berbahagia ustaz Haryanto bertajuk "Never Give Up" dalam perspektif Islam. 

Alhamdulillah, banyak ilmu yang dikongsi & dikupas berkaitan isu ini. Islam menggalakkan kita berusaha gigih untuk mencapai kejayaan dunia & akhirat. Hal takdir & nasib adalah rahsia Allah. Justeru, kita diseru sentiasa berusaha gigih & meningkatkan skill dalam perniagaan & kehidupan. 

Sama2 kita dengarkan






Siapa Dato Seri Mahadi BZ ?




Pertubuhan Dakwah Masyarakat Asli Negeri Pahang

Pertubuhan Dakwah Masyarakat Asli Negeri Pahang bergiat aktif dalam menjalankan kegiatan dakwah dikalangan masyarakat khasnya dinegeri Pahang. Pertubuhan ini di gerakkan oleh En Wan Muhammad Endut (014 5415 136) & En Rosdi (013 920 9400). Mereka berusaha gigih dalam memastikan kebajikan mualaf orang asli terbela. 

Sudilah kiranya tuan2 & puan2 menderma kepada badan ini, mudah mudahan ia menjadi bkalan diakhirat kelak.

Maybank 1561 3266 6779


Bantuan persekolahan yang diberikan





Bantuan Banjir pada disember 2014






Majlis perkahwinan yang ditaja

Kelas pengurusan jenazah




Antara majlis keraian


Majlis berkhatan beramai2