Thursday, October 16, 2014

MARI FAHAM TENTANG PUSAT ANAK PERMATA NEGARA (PAPN)

by Rizal Mansor

SIRI 1

Adakah terdapat sebarang bayaran yang dikenakan?
Pemohon yang menghantar anak ke PERMATA Negara tidak akan dikenakan sebarang yuran kerana ianya merupakan program PERCUMA yang membantu KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH khususnya.


SIRI 2

Apakah kriteria atau syarat kelayakan untuk menghantar anak ke PERMATA Negara?
Gaji suami isteri hendaklah tidak melebihi RM2500 bagi kawasan bandar dan RM1500 bagi kawasan luar bandar..
Suami isteri serta anak mestilah merupakan warganegara Malaysia..
Jarak Pusat Anak PERMATA Negara tidak melebihi 10 km dari kawasan rumah atau tempat kerja..
Anak mestilah berada dalam keadaan sihat tubuh badan..
Satu anak sahaja untuk setiap keluarga yang layak untuk dimasukkan kecuali anak kembar..
Sekiranya pemohon menghantar 2 permohonan, keutamaan akan diberikan kepada anak yang lebih kecil..


SIRI 3

Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak DIBAWAH UMUR 4 TAHUN untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah satu kumpulan yang amat penting dan mereka mesti melalui satu proses perkembangan yang teratur. Sebagai modal insan yang sangat bermakna kepada masa depan negara, perlu ada satu program atau perancangan yang teratur, fokus dan bersepadu daripada mereka mula lahir hingga memasuki alam persekolahan sebagai satu strategi nasional, tambahan pula banyak negara-negara lain di dunia terutamanya NEGARA-NEGARA MAJU SUDAH MENJADIKAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEBAGAI SATU PELAN NASIONAL YANG BERSEPADU.

No comments: