Thursday, October 16, 2014

Diversion from CGT - GST to Permata

from fb Rahimi

Setelah gagal untuk meyakinkan rakyat bahawa cadangan CGT mereka lebih baik dari GST, pembangkang membuat serangan berterusan kepada Permata. Bagi saya, Ini jelas menunjukkan mereka bankrap idea. Mulanya saya malas komen fitnah remeh yang mereka mainkan ini, tapi bila lama-lama tengok makin melampau pulak...

1. Tuduhan bahawa Permata tidak diaudit telah dijawab, ianya diaudit setiap tahun oleh Jabatan Audit Negara. Permata adalah badan kerajaan, dan sesiapa yang pernah kerja atau berurusan dengan kerajaan pasti tahu setiap sen yang dibelanjakan perlu melalui proses-proses yg ditetapkan. Tak logik soal DS Rosmah boleh belanja duit Permata untuk shopping!

2. Tuduhan bahawa Permata mendapat peruntukan RM711 juta juga telah dijawab. Peruntukan tersebut adalah untuk keseluruhan program pendidikan kanak-kanak dan Permata cuma mendapat kurang dari RM40juta.

3. Hari ini muncul lagi tuduhan baru mengatakan Permata cuma untuk golongan anak orang kaya dan kenapa ianya tidak dilaksanakan di Sabah dan Sarawak. Satu lagi tuduhan jahat oleh Ahli Parlimen Ampang kerana di Sabah dan Sarawak juga terdapat Pusat Anak Permata Negara. Dan antara syarat untuk menghantar anak ke Pusat Anak Permata Negara adalah ibubapa perlu berpendapatan RM2500 ke bawah di bandar dan RM1500 ke bawah di luar bandar. Ini orang kaya ke?

4. Contoh program Musik yang disebut MP Ampang itu adalah Permata Seni dan bukanya Pusat Anak Permata Negara dan saya tak nampak bahawa ianya juga adalah untuk anak-anak orang berada. Bergantung pada bakat mereka dalam seni, seni tidak mengenal kaya atau miskin.

5. Tahukah anda anak-anak Permata Seni yang kononnya dilabelkan oleh Zuraidah ini sebagai golongan 'Berada' pernah membuat konsert amal dan meraih jutaan ringgit derma untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh dunia?

6. Permata adalah program yang baik untuk pendidikan awal kanak-kanak. Saya sendiri menghantar anak saya di pusat pendidikan swasta untuk mendapat pendidikan seawal dua tahun. Hasilnya memang memberangsangkan!

7. Serangan pembangkang cuma bertujuan untuk sensasikan isu kerana penaung Permata adalah isteri Perdana Menteri. Cuma Penaung! Dan tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk meluluskan sebarang perbelanjaan Permata.

Tapi saya percaya, serangan berterusan begini pada satu hari nanti akan 'backfire' apabila rakyat mula melihat mereka tidak ada modal dan suka membuat serangan tertumpu kepada DS Rosmah dan bukannya membahas dasar-dasar kerajaan secara 'constructive'.

p/s: kalau ada pembantu-pembantu ahli parlimen pembangkang yang ada dalam friendlist saya terbaca status ni, tolonglah beritahu Bos anda untuk hentikan kerja bodoh sebegini!

No comments: