Friday, April 25, 2014

Peristiwa Memali - KESELAMATAN NEGARA


Chedet

1. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan Negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.

2. Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bertanggunjawab ke atas Polis. Adakalanya apabila saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri, maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi kepada Menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan Negara begitu penting.

3. Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan Negara Cina yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

4. Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri.

5. Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku. 4 anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.

6. Saya begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri. Beliaulah yang menjawab YB Tuan
Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 hb. November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).

7. Saya kembali ke tanah air pada 28 hb. November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

8. Sesuatu jawatan mempunyai tanggungjawabnya. Dari segi tindakan terhadap jenayah tanggungjawab ini dipikul oleh anggota Polis. Dari segi keputusan mengambil tindakan terhadap ancaman keselamatan Negara yang besar Menteri bertanggungjawab, sekurang-kurangnya merestui tindakan.

9. Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab.

10. Saya tidak fikir Tun Musa telah ramal tentang kehilangan nyawa yang akan berlaku hasil keputusan yang dibuat olehnya. Seperti yang disebut olehnya di waktu menjawab usul oleh YB Tuan Gooi Hock Seng, “adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan untuk mempastikan supaya keselamatan Negara wujud pada setiap masa demi kesejahteraan rakyat jelata dan demi kestabilan Negara pada keseluruhannya. Sebab itulah Kerajaan tidak akan berkompromi………..”

11. Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Dato Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, disamping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis.

12. Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan.

13. Ya. Sepatutunya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baharu kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa Negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan.

KISAH CARA LAYANAN DR MAHATHIR TERHADAP PRESIDEN USA.

Kisah ini pernah ditulis oleh Zainuddin Maidin dalam bukunya bertajuk : "Surat daripada Dr Mahathir".
Pada Perhimpunan Agung UMNO 1991, Tun Dr Mahathir pernah berkata
"Jika Malaysia ingin mempertahankan kemerdekaannya, negara ini mestilah mempunyai kekuatannya sendiri, bukan kekuatan ketenteraan tetapi kekuatan ekonomi dan kemampuan untuk membina negara sendiri"
Ketika itu Dunia dikejutkan dengan Perak Teluk antara Iraq dan Kuwait pada 1991.
Semasa Iraq menceroboh Kuwait, Dr Mahathir berada di Tokyo dan Presiden Bush ketika itu telah membuat panggilan penting dari Washington ke Tokyo untuk bercakap dengan beliau tetapi Dr Mahathir yang ketika itu makan malam dengan seorang rakan Jepun nya tidak melayan panggilan telefon tu dengan segera!
Dengan selamba beliau meminta untuk Bush menelefonnya semula kerana beliau masih belum habis makan malam.
Sikap Dr Mahathir ini mengejutkan di kalangan Jepun kerana biasanya pemimpin-pemimpin Jepun sendiri amat menghormati panggilan2 dari pemimpin2 US apatah lagi Presiden Amerika Syarikat sendiri!
Rakan Jepunnya barangkali terkejut melihat Dr Mahathir tidak meluru menjawab panggilan Presiden Amerika Syarikat itu dan mereka tahu pendirian Malaysia sama dengan Jepun dalam isu Perang Teluk dimana Malaysia dan Jepun berpendapat tidak ada mana-mana negara dunia berhak menceroboh kedaulatan negara lain.
Malaysia mengambil pendirian tidak menyebelahi ekstrimis Islam dan militan Islam sekalipun menghadapi gelora kemarahan dalam negeri terhadap Amerika dan sekutunya.
Atas permintaan Bush, Malaysia menghantar Menteri Luar Malaysia, Abu Hassan Omar sebagai utusan peribadinya bagi menjelaskan kepada Ketua Setiausaha Amerika Syarikat James Baker berkenaan dengan pendirian Malaysia terhadap penaklukan Iraq. James Baker mencadangkan untuk jumpa di Oman. Tapi Dr Mahathir arahkan Baker berjumpa Abu Hassan di Lapangan Terbang Texas.
Jumpa wakil Presiden Amerika hanya di lapangan terbang!
Selepas itu Malaysia menyokong beberapa resolusi PBB dengan mengecam pencerobohan Iraq dan meminta Iraq untuk berundur dari Kuwait seberapa segera.
Berikutan itu, PAS mengambil peluang pendirian kerajaan itu dengan mengumumkan untuk menghantar sukarelawan untuk berjuang bersama tentera Iraq menentang tentera kafir.
Sebenarnya Dr Mahathir sendiri berada dalam keadaan serba salah ketika ini malah beliau melihat sentimen Melayu Islam dalam isu Perang Teluk ini tetapi hakikatnya beliau tidak menyokong peperangan. Malah, hakikatnya Iraq menceroboh Kuwait dan Iraq tidak mungkin menang di tangan Amerika Syarikat dan sekutunya.
Sikap dan perasaan Dr Mahathir itu benar dan Iraq telah kalah dalam peperangan itu. Beliau juga menggunakan point ini untuk berucap di perhimpunan Agung UMNO 1991 dan berkata
"Hari ini kita telahpun melihat peristiwa yang amat memalukan. Sebuah negara Islam yang bebas dan kuat terpaksa tunduk kepada kuasa-kuasa asing kerana bertindak melulu tanpa perhitungan. Apabila kalah dalam peperangan, askar- askar negara Islam ini melutut dan mencium kaki musuh bukan Islam kerana ketakutan. Di manakah semangat dan maruah orang Islam? Apakah ini hasil ajaran agama Islam yang sebenar atau hasil ajaran yang salah oleh mereka yang kononnya lebih berhak mentafsir agama Islam?"
"Dalam Perang Teluk ini, tidak ada sesiapa yang boleh menganggap diri mereka tidak bersalah. Negara-negara Islam yang berperang sesama sendiri bersalah. Negara yang mendapat senjata daripada orang bukan Islam untuk menakluk negara Islam lain bersalah. Negara yang mendapat pertolongan negara bukan Islam untuk melindungi diri dan kemudian menyerang negara Islam lain bersalah. Negara Islam yang tidak kuat dan dengan itu tidak sanggup meleraikan negara-negara Islam yang berperang sesama sendiri bersalah. Negara-negara Islam yang tidak mampu mempertahankan negara Islam yang lemah daripada ditakluk oleh jiran gergasi Islam juga bersalah"
" Tetapi yang lebih bersalah ialah mereka yang mentafsir dan membawa ajaran yang dikatakan Islam yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam menjadi semakin lama semakin lemah, mundur, jahil dan mudah diperalat dan dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Mereka yang mengajar bahawa bagi umat Islam hidup di dunia hanyalah untuk persediaan bagi akhirat adalah orang yang bersalah besar. Umat Islam dan agama Islam tidak akan dihina jika tidak kerana ajaran seperti ini. Dan apabila kita menyoal mereka ini, jawapan mereka ialah "Takdir". Tuhan kononnya telah mentakdirkan supaya umat Islam melutut dan menyembah musuh- musuh Islam. Benarkah Tuhan menjadikan orang Islam supaya mereka dihina di dunia ini? Apakah Tuhan benci kepada orang Islam dan mentakdirkan mereka dihina, atau apakah semua ini berlaku kerana tafsiran yang berkepentingan orang tertentu? "
"Kita patut mengambil iktibar daripada ajaran dan amalan Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada sesuatu yang lebih mulia disisi Nabi Muhammad s.a.w. daripada amanah. Baginda mendapat gelaran "Al-Amin" kerana beramanah. Kerana amanah, Baginda telah menyampaikan ajaran Islam yang benar. Ajaran Islam yang disampaikan oleh Baginda begitu baik sehingga bangsa Arab yang jahil dan suka berperang antara kabilah- kabilah mereka telah dapat didamaikan, dan dalam jangkamasa dua ratus tahun bangsa yang hanya tahu merayau-rayau di padang pasir telah menjadi bangsa yang kuat, berpengetahuan dan mulia. Dalam masa yang singkat, mereka bukan sahaja berjaya mendirikan sebuah empayar yang terbesar dan gemilang di dunia, tetapi juga dalam semua bidang ilmu duniawi mereka mendahului bangsa-bangsa dan penganut-penganut agama lain. Mereka berjaya menerokai bidang-bidang sains yang baru. Demikian juga orang lain yang memeluk agama Islam di zaman itu mencapai kejayaan yang besar di dunia. Penduduk Asia Tengah yang menjadi orang yang terawal memeluk agama Islam berjaya mengembangkan lagi bidang ilmu sambil memperluaskan lagi wilayah Islam. Demikian kesan Al-Amin Nabi Muhammad s.a.w. yang beramanah"


Bahayanya Jika Tidak Asingkan Tempat Tidur Anak

February 16, 2014 oleh Encik Viral

Walaupun anak-anak ini kelihatan begitu lena, namun kita tidak dapat menjamin bahawa mereka tidak akan tersedar sehingga ke pagi. Maka berwaspadalah sentiasa!
Pendidikan seks, apa yang anda fikirkan apabila disebut perkataan ini? Ramai yang rasa ia adalah satu perkara yang lucah dan memalukan. Namun, ketika saya ingin menulis tentang mengasingkan anak tidur dari ibu bapa, saya menyelak buku Pendidikan Anak-Anak Islam tulisan Dr Nasih Ulwan. Saya dapati, Dr Nasih Ulwan telah menerangkan tentang perkara terbut di dalam satu bab yang panjang iaitu bab pendidikan seks.Setelah diteliti, ternyata bahawa pendidikan seks di dalam keluarga islam sangat-sangat dipentingkan untuk menjaga anak-anak dari terdedah kepada gejala sosial yang amat membimbangkan sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat pada masa kini.
Melihat kepada gejala sosial yang berlaku kini seperti penzinaan, pembuangan anak, seks di luar tabii dan banyak lagi jenayah yang berlaku di kalangan remaja Islam, saya merasakan bahawa pendidikan seks di dalam Islam yang banyak berkisar kepada penjagaan aurat dan adab-adab sesama ahli keluarga dan individu lain perlulah ditekankan oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil
Memetik sebuah ayat alquran dari surah An-Nur ayat 58
“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki, dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari) yaitu: sebelum sembahyang subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian (luar) mu di tengah hari dan sesudah sembahyang Isya. (Itulah) tiga ‘aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Daripada ayat di atas, Allah telah membimbing tentang asas pendidikan di dalam rumah. Maka sejak kecil lagi, anak-anak mestilah dibiasakan untuk meminta izin, pada masa-masa dimana seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk bersama-sama, supaya anak-anak kecil ini tidak terserempak dengan sesuatu keadaan yang dia tidak sepatut melihatnya.
Adab ini mestilah diajar kepada anak-anak sebelum umur baligh mereka dan mereka mestilah mememinta izin dalam tiga keadaan iaitu
I. Di waktu sebelum sembahyang subuh kerana pada ketika itu manusia sedang tidur di atas tempat peraduan mereka
II. Di waktu tengah hari, kerana manusia mungkin sedang menanggalkan pakaiannya ketika itu, dan sedang duduk bersama-sama isterinya
III. Di waktu sesudah sembahyang isyak kerana waktu itu adalah waktu tidur dan waktu berehat
Sekiranya anak-anak sudah baligh dan cukup akal, maka wajiblah kepada para ibu bapa dan pendidik untuk mengajar mereka meminta izin pada ketiga-tiga waktu tersebut sesuai dengan firman Allah yang bermaksud
“Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
Anak-anak kecil sebelum baligh lagi sudah diarahkan untuk meminta izin untuk memasuki bilik tidur, jadi bagi ibu bapa, peraturan ini perlulah dilaksanakan di dalam rumahtangga. Maka, pengasingan bilik tidur antara anak-anak dan ibu bapa perlulah dibuat sejak anak-anak kecil. Jika masih tidur sebilik, bagaimanakah kita dapat mengajar anak-anak tentang adab meminta izin ini?Melalui pengamatan saya, setelah berkecimpung di dalam arena pendidikan anak-anak selama hampir sepuluh tahun, saya dapati ramai di kalangan ibu bapa yang melihat proses mengasingkan anak-anak tidur dari bilik ibu bapa sebagai satu perkara yang remeh.



Saya mendapati ramai ibu bapa yang masih tidur sebilik dengan anak-anak walaupun anak-anak telah menjangkau usia lima dan enam tahun, bahkan saya juga pernah bertemu dengan anak yang masih tidur di bilik ibu bapa walaupun sudah berumur tujuh atau lapan tahun.
Saya ingin menarik perhatian ibu bapa diluar sana tentang satu peristiwa yang saya lalui sendiri.
Pada suatu hari, seorang guru datang menemui saya.
“Kak syifa, ada seorang pelajar lelaki lima tahun dari kelas saya selalu berkelakuan yang tidak sopan terhadap rakan-rakan perempuannya. Saya dah cuba untuk menasihatinya, tetapi ia tidak memberi kesan. Dia tetap melakukan perkara yang sama berulang kali, dan ia sangat membimbangkan saya.” Cikgu Ida memulakan cerita dengan wajah penuh kebimbangan. Saya mendengar dengan teliti.
“Kelakuan yang tidak sopan? Dia buat macammana?” Hati saya sudah berdetap kencang, namun saya cuba mengawal perasaan agar kebimbangan saya itu tidak menambah kerisauan yang bersarang di dalam diri Cikgu Ida. Cikgu Ida merupakan seorang guru yang sangat prihatin, apa jua masalah yang berlaku di tadika, pasti akan dibawa berbincang untuk menyelesaikannya.
“Dia buat benda-benda yang tak senonoh la kak, saya nak cerita pun rasa malu.” Cikgu Ida cuba berbahasa dengan saya, wajahnya tertunduk mungkin tidak sanggup hendak menceritakan perihal anak muridnya itu.
“Dia buat macamana Ida? Akak tak boleh nak tangkap apa yang Ida cakap ni. Demi kebaikan anak-anak di tadika kita ni, cuba Ida ceritakan apa yang berlaku sebenarnya.” Saya memujuk Cikgu Ida untuk bercerita dengan lebih jelas. Perkataan ‘tidak senonoh itu terlalu umum untuk saya terjemahkan.
“Mmm… Mmm… Dia suka cium dan pegang-pegang budak perempuan la kak… Pelajar-pelajar perempuan selalu mengadu dengan cikgu-cikgu, saya bimbang jika perkara ini berlarutan ibu bapa akan membuat aduan, dan saya bimbang jika pelajar perempuan yang diganggu itu tidak mahu lagi ke sekolah.”
Saya mengangguk-angguk sambil menumpukan sepenuh perhatian kepada aduan beliau.
“Baru-baru ini, dia bermain dengan kawan-kawan di bawah meja, kemudian tidak semena-mena dia mencium pipi seorang budak perempuan ni, pelajar-pelajar lain yang melihat kejadian ini menjerit-jerit memberitahu cikgu-cikgu manakala pelajar perempuan tadi sudah menangis, mungkin terasa malu dan tidak selesa dengan kelakuan rakannya itu tadi.”
“Bila cikgu-cikgu bertanya kenapa dia buat begitu, dia hanya terkulat-kulat memandang cikgu dan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu bercakap, cikgu –cikgu sudah menasihatinya dan berpesan kepada pelajar-pelajar lain agar tidak melakukan perkara yang sama. Namun, ia berulang lagi tengahhari tadi. Nampaknya kita perlu melakukan sesuatu untuk membendung perkara sebegini.” Panjang lebar Cikgu Ida menjelaskan kepada saya. Saya menelan air liur yang terasa pahit.
“Oh begiitu, ada apa-apa lagi kelakuan yang tidak menyenangkan?” Saya bertanya lagi
“Mmm… Dia juga selalu menyebut-nyebut perkatan “cium mulut”.. Ish akak, saya nak sebut pun malu rasanya.” Merona warna kemerahan di wajah Cikgu Ida, malu. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Tidak menyangka anak sekecil lima tahun sudah tahu perkataan-perkataan sebegitu. Saya beristighfar berulang kali.
“Berat juga masalah ni, tapi Insya Allah masih boleh diubati dan diselesaikan. Insya Allah, sama-sama kita hadapi masalah ini dengan berhikmah dan bijaksana.” Saya menutup perbincangan dengan menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah ini secara serius.
Selepas perbincangan saya dengan Cikgu Ida hari itu, saya banyak meluangkan masa untuk melihat sendiri apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut tanpa dia menyedari dia sedang diperhati.
Setelah beberapa waktu menyiasat perkara tersebut, terkejut saya apabila saya bertanya : “Kamu tengok siapa buat macam ni? Kamu tengok di televisyen?”
Anak kecil itu menggeleng lalu berkata: “Ibu dan ayah.” Terkedu saya sebentar lalu beristighfar panjang.
“Kamu tidur di bilik kamu atau di bilik ibu ayah kamu?” Saya bertanya lagi
“Bilik ibu ayah.” Pendek sahaja jawapannya
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya tiada cara lain selain memanggil ibu bapa berkenaan untuk berbincang, dan ternyata ibu bapa itu sendiri terkejut kerana mereka membayangkan bahawa anak-anak sudah tidur sewaktu mereka ‘bersama’.
Kisah-kisah sebegini sebenarnya banyak saya dengar dari rakan taulan pengusaha tadika yang lain. Bahkan satu kisah yang lebih teruk saya dengar, seorang pelajar lelaki telah duduk di atas perut seorang pelajar perempuan ketika pelajar itu tidur kerana melihat bapanya berbuat begitu terhadap ibunya. Na’uzubillah.
Perkara sebeginilah yang perlu kita elakkan, jangan biar sudah berlaku sedemikian, baru lah kita ingin mengambil tindakan. Pada saya, bukan mudah untuk membaiki keadaan, kerana anak itu berkelakuan sedemikian diatas faktor pernah melihatnya sendiri. Malah, ia dilakukan oleh orang yang paling mereka percayai iaitu ibu bapa mereka sendiri! Bagi mereka apa yang dibuat oleh ibu bapa bukanlah perkara yang salah.
Yang lebih membimbangkan, anak kita bukanlah seperti komputer yang boleh kita hapuskan sahaja maklumat yang tidak kita ingini lagi dengan menekan butang ‘delete’. Sekali ia tersimpan di dalam memori mereka, apakah caranya untuk memadamkannya?
Oleh itu wahai ibu bapa yang budiman, asingkanlah anak-anak dari bilik tidur kalian seawal mungkin, iaitu apabila anak sudah pandai meniru kata-kata dan tingkah laku kita. Walaupun ia proses yang agak sukar, namun kita mestilah serius untuk menjayakannya.
Jangan biarkan nasi menjadi bubur, kerana kita tidak tahu mungkin anak kita tersedar dari tidur dan terlihat perkara yang tidak sepatutnya. Berjaga-jagalah dari awal lagi.
Oleh itu, bagi kita umat Islam yang meyakini bahawa Al-Quran adalah manual kehidupan yang paling lengkap dan terbaik, kita perlulah meyakini bahawa Islam amat mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak dari sejak mereka mula mengenal sifat malu, dan akhlak pergaulan yang baik serta budiperketi Islam yang mulia.
Sehingga, apabila anak mencapai usia remaja, dia akan menjadi satu contoh teladan yang mulia dalam kelakuan dan akhlaknya.
Betapa kerap berlaku sesuatu yang memalukan, apabila si anak masuk ke dalam bilik tidur, dan terserempak melihat kedua ibu bapanya sedang asyik dalam perhubungan seks. Kemudian si anak itu keluar dari situ seraya bercerita sesama teman-temannya yang kecil. Dan berapa banyak pula yang mengkhayalkan lakonan itu di dalam lintasan fikirannya ketika gambaran itu berulang di dalam otaknya
Dan betapa banyak pula anak yang menyeleweng disebabkan dari kecil telah merasa keinginan kepada seks dan telah melihat bagaimana caranya berhubungan seks serta merasa kelazatannya.
Lantaran itu, maka wajiblah atas ibu bapa dan para pendidik teguh dengan adab Al-Quran Al-Karim dalam hal mengajar anak meminta izin sejak dia mula berakal. Mudah-mudahan anak-anak akan mempunyai akhlak yang mulia, mempunyai peribadi Islam yang berbeza dengan yang lain serta menjadi penyejuk mata kita di dunia dan akhirat.

Wallahua’lam

Sejarah “Dawn Raid” — Serang Hendap KL Ke Atas London 1981

Oleh: Lela Iskandar Suhaimi

KISAH BENAR kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain, London.
Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinanDr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Description: http://www.jomjalan.com.my/wp-content/uploads/2013/04/Sawah_padi.jpg

Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris. Pemandangan yang lazim selepas merdeka –seorang pesawah wanita sedang menanam anak padi

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini. 

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.

Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.

Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.” 

Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.

Dasar Bagi Membantu Orang Melayu 

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.

Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi.Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.

Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting
Description: https://lh3.googleusercontent.com/proxy/cNr3lL4U42W2Rum6URe5gpj98kao4fzjpDHk_z-K4xHKEIgswKOtouNHutSO5J-_UYfurmv4t7NpIGya2AR9etsGR3UGLcJJUPtF6Pbz70PKH2XSDzbByt5xzLN3DQ

Mahathir sewaktu sidang PBB 

Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.

2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan 
Description: http://www.jomjalan.com.my/wp-content/uploads/2013/04/50.jpg

Tandatangan Ismail atas wang kertas 50 ringgit 
Malaysia sewaktu menjadi gabenor bank negara. 

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.

Kerjasama Pelbagai Pihak

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. 
Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca –Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN). 

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Mengapa Guthrie ? 

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri. 
Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan. 
Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid” 

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB. 

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

Mahathir Terus Menekan British
Description: https://lh6.googleusercontent.com/proxy/kmpuVRUa0gIAQVM76dw6oGwRhVqua_IfMJTFG3j6zchhAbK-3QcRpy8eSl7UlNdcE9aZfws6TGDpNeqHxZoesVZqur4-cIxv2vnWgmKml_hwZzopLg

Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar. 

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir. 

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.

Hasil Besar dari Serangan 

Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia. 

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.” 

Nota:

1. Penulis merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Shakila Yacob atas kesudian memberi manuskrip kajian beliau bersama Nicholas J. White untuk rujukan penulis.

2. Penulis memaparkan tulisan ini sebagai rencana ilmiah, dan tidak berminat untuk memihak kepada mana-mana individu atau parti politik.

3. Penulis mendapati terdapat sumbangan penting tokoh-tokoh lain dalam Dawn Raid seperti Ananda Krishnan dan Tengku Razaleigh. Tidak disebut dlm artikel ini kerana kekurangan sumber maklumat.

4. Loophole/kelemahan bursa London pada waktu itu tidak diperincikan untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Rujukan:
Shakila Yacob & Khadijah Md Khalid (2012): Adapt or Divest? The New Economic Policy and Foreign Businesses in Malaysia (1970-2000), The Journal of Imperial and Commonwealth History, 40:3, 459-482
Shakila Yacob & Nicholas J. White (2010): The “Unfinished Business” of Malaysia’s Decolonisation: The Origins of the Guthrie Dawn Raid, Cambridge University Press 2010
Karminder Singh Dhillo (2009): Malaysia Foreign Policy in the Mahathir Era, 1981-2003: Dilemmas of Development
Brian Ritchie (2005): Coalitional Politics, Economic Reform, and Technological Upgrading in Malaysia, Elsevier World Development Vol 33, pp 745-761
Abdul Rahman Embong (1996): Social Transformation, the State and the Middle Classes in Post-Independence Malaysia, Southeast Asian Studies, V01. 34, No. 3, December 1996
Boon Kheng Cheah (2002) : Malaysia: The Making of a Nation
Tin Price Moves Jolt Market : Reuters (The New York Times); Financial Desk, November 28, 1981, Saturday
Surat Terbuka Dr. Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman, Jun 1969
PNB Wrests Control of Guthrie Corp : The Straits Times Singapore, September 9, 1981
PNB Making Up For Lost Time: The Straits Times Singapore, September 16, 1981

Sunday, April 6, 2014

“Flight 370 Was Remote-Hijacked”

1 pendapat mengenai MH370 daripada Mayyhias Chang. Beliau adalah peguam & pernah berkhidmat sebagai penasihat kepada Dr Mahathir.

By Kevin BarrettVeterans Today Editor




Author, barrister and political advisor Matthias Chang

A high-level Malaysian source has confirmed that missing Flight MH370 must have been hijacked by remote control.

Matthias Chang, a barrister who served as Political Secretary to the Fourth Prime Minister of Malaysia,Dr. Mahathir Mohamad, explained why only a remote-hijacking “fly by wire” scenario can explain the plane’s disappearance.


Read Matthias Chang’s MH 370 – A Sinister Tragedy In the Fog of Coincidence?

In an exclusive interview with Truth Jihad Radio, Chang – who remains well-connected with the highest political levels in Malaysia – patiently explained why all of the evidence points to a remote hijacking by one of the handful of countries capable of such a technological feat. He expressed annoyance with Western media criticism of the Malaysian government, arguing that it is Western governments, not Malaysia’s, that are covering up what they know while the media fails to ask the hard questions.

[The audio interview will be posted for Truthjihad.com subscribers by this evening here.]

During our interview on the morning of Friday April 4th (Malaysia time) Matthias Chang told me: “I want to raise a point that has not been much discussed in either the mainstream or alternative media, which is that the technology of autopilot has been in existence for a long time. Since September 11th, more sophisticated systems have been placed in all planes to avoid any hijackings. If there is a hijacking in progress it kicks in and flies to an airport to land safely. The system can be triggered by the pilot himself from the cockpit, or it can be triggered by ground control. And by ‘ground control’ I mean it can be operated from land, an AWAC plane, or a ship, by an entity that has the capability and technology to fly the plane remotely. That technology is out there.”

Chang pointed out that only remote-hijacking can explain the plane’s flight path: “This plane is flying for six hours on its own. Who’s flying the plane? The entity flying the plane must be those with the technology that’s used now to pilot drones. We know drones have been flown in Afghanistan from Florida. We have seen video tapes and news broadcasts about how ‘pilots’ in Florida are flying planes and drones in Afghanistan as if they are playing computer games.”

Chang explained that the Western media’s pilot suicide hypothesis “doesn’t hold water. If you’re a pilot, why turn back, go north to Thailand where there are military exercises going on, and you will know from the radar that other planes are flying, then turn south and fly for six hours? That’s ridiculous. Also, most suicides leave notes explaining why. This is another huge question mark. Why this accusation of the pilot, when the facts are inconsistent with suicide?”

Suggesting that the Western countries have been leading the public on a wild goose chase, Chang explained:

“During the past four weeks, we have heard of various countries providing data. Australia said there were two floating objects west of Perth, but when ships were sent they were not found. France, also, said they discovered two objects. When the search planes went, these too couldn’t be found. The satellite of Thailand (a US client state) found two objects. It was sea rubbish. This was followed by (US occupied) Japan saying they found objects. But those objects were not MH370s. The British firm Inmarsat, using its calculations, said the plane would have crashed in the area where the objects were located. But subsequently Boeing, doing new calculations projecting faster flight at lower altitude, said the plane could have ended somewhere 1000 miles north of the previously projected location.”


Were all of these people ordered to look in all the wrong places – by a military high command that knows perfectly well where the plane is?
Chang continues:

“Given all this information, it’s crystal clear, clear as day, that the one country that has the most sophisticated surveillance technology has remained mute. They may have given sealed evidence – I don’t know. But no public announcement.



As VT Editor Gordon Duff says, a gnat has a hard time disappearing. So how can a 777 vanish?

“America has the most advanced satellites in the world…it can detect an object the size of a coin, look at bunkers buried deep underground. NROL 39 (the US National Reconnaissance Office) uses the octopus emblem. It states clearly that enemies of America cannot hide because ‘nothing is beyond our reach.’ The octopus’s tentacles encompass the whole globe. I find it very odd that America has been reticent, conspicuously silent, about what their satellites have shown, if anything.”

What makes it especially odd that the US will not admit it tracked the plane is that the flight path involved some of America’s most sensitive military areas:

“As MH370 reached the airspace of Vietnam it went north toward Thailand where the US-run Cobra Gold and Cope Tiger military exercises were being held. Then, allegedly, the plane ended in the Indian Ocean. But there is no evidence or debris. Now what is conspicuous…is that when a plane goes past Southern Thailand into the Indian Ocean, it has to fly past a very important landmark: Diego Garcia, a secretive US military base. It was from this base that the US launched bombers to Afghanistan, Iraq, and Vietnam before that. Surely this base has some of the most sophisticated surveillance technology. Any unidentified plane that flew in the direction of Diego Garcia would certainly be located and identified.”

Chang, the former top political advisor to the Prime Minister of Malaysia, noted that the bizarre disappearance of MH370 coincided with the US-run Cobra Gold and Cope Tiger military exercises – just as previous “disasters” have mirrored suspiciously-timed drills and exercises:


“On 9/11, when planes struck the Twin Towers and the Pentagon, there were military exercises taking place, and NORAD and others were confused about whether the planes were part of the exercise or not.”

Chang was referring to the notorious 46 drills of September 11th 2001, the biggest pre-designated National Security Special Event Day in US history. Those exercises practiced and then mimicked every aspect of the actual attacks, including a live-fly plane-into-building exercise that shut down the National Reconnaissance Office and prevented NRO personnel from seeing satellite images of whatever the alleged attack planes and their military control planes, including the “Flying Pentagon” E-4B Command Center aircraft, were really doing that day.

Chang noted that the 7/7/2005 London bombings – like 9/11– perfectly mirrored drills that were occurring at exactly the same times and places:

“On 7/7 in London, there was a bombing of underground stations, plus the bus in Tavistock Square. Surprise surprise, four Muslim youth were said to be responsible for the deaths and injuries. Yet on that very day, there were terrorist bombing exercises at precisely the same four locations.”






Chang observed that Christopher Bollyn, whose book Solving 9/11 implicates Israel and its US agents in the worst terrorist attack in US history, has discovered indications that the disappearance of MH370 might be connected with another false-flag plot: “Bollyn exposed how, immediately after the hijacking (of MH370), the Times of Israel put out propaganda that the plane was hijacked by agents of Iran, then landed in Bangladesh to weaponize the plane to carry out a diabolical attack like September 11th.” (Bollyn also discovered a suspicious “evil twin” of MH370 hidden in an Israeli hangar – his article is linked here.)

Chang said that the media’s focus on the search for the MH370′s black box is a deception. “We’ve been diverted to look for the black box. Bullshit! There are plenty of signals.” Chang asserts that both Boeing, a leading US military contractor, and the Rolls-Royce company that makes the plane’s engines, know exactly what happened to MH370, because they are constantly fed signals giving them every significant detail about all of their planes including exactly location, altitude, airspeed, engine function, manual or autopilot, and so on.

Regarding Rolls-Royce, Chang said:

“As long as the engine is running, they monitor it. If anything goes wrong with the engine for any reason, they land the plane and abort the flight. There have been a couple of instances when Rolls-Royce detected malfunctions and told the pilot to land as soon as possible due to the malfunction.

“So for six hours or more, Rolls-Royce would have kept track of the pings. Rolls-Royce would know where the plane’s going. Now I’m told, rightly or wrongly, that in the protocol, Rolls-Royce may be prohibited from disclosing this information.”

Likewise, Malaysia has been prevented from disclosing the sealed evidence it has been provided by one or more unnamed countries – or even the name of that country or countries.

But despite the gag order, Chang thinks the evidence speaks for itself: “There is cyber war between these (larger) countries, and we small countries are caught in the middle. I think the passengers were collateral damage.”

Chang’s conclusion about Flight 370?

“Under the cover of the military exercises, something diabolical, something catastrophic, has happened.”