Sunday, February 7, 2016

Jaringan Usahawan Super - JUS

Pada 30 jan 2016, Sabtu Dewan Perdagangan Islam Malaysia & HALUAN telah menganjurkan seminar Jaringan Usahawan Super - JUS. 

Seminar ini telah menampilkan speaker2 hebat ; Tan Sri Muhammad Ali Bin Hashim, Tan Sri Siti Saadiah Bte Bakir, Ustaz Pahrol Bin Md Juoi. Selain itu, ia menampilkan beberapa ahli akademik dan ahli perniagaan antranya Prof Dr Azizan dari UKM, Kamarul Bahareen, Sopian Hassan dan Pn Anja Juliah. 

Saya nukilkan perkongsian Pn AnjaJuliah berkaitan Social Enterprise.

Social Enterprise

Perkongsian Pn Anja Juliah dlm seminar Jaringan Usahawan Superb (JUS)

- social enterprise adalah gabungan 2 elemen; sosial : kemasyarakatan & enterprise: usahawan. 

- dapat difahami , 2 elemen ini perlu memberi impak kepada kpd bisnes anda & masyarakat

- social enterprise agak ketinggalan d Malaysia ; cuma ada 120 cmpny, berbanding Thai 120,000 & Singapore 60,000

- bagaimana saya blh terlibat dgn social enterprise? 

- sy gemar menyertai mana2 persatuan usahawan. Sy suka berjumpa usahawan lain, saya akan belajar benda baru dr mereka atau mereka akan belajar benda baru dari saya.

- sy memulakan perniagaan sy, Bluecotton (tuala wanita basuh semula) apabila sy berada diluar negara. Di America, anak2 perempuan remaja diberikan tuala ini. Bila sy lihat agak menjengkelkan kalau nak pakai semula tuala wanita yg dibasuh. Tapi bila sy fikir semula ini adalah peluang dimana dimalaysia belum ada inovasi ni. Biasanya peradaban barat akan mengambil masa 20 thn sebelum ianya diterima d Asia. 

- saya mula menjahit dirumah & menjualnya secara kecil2an. Pd 2006, sy terima anugerah inovasi dari MOSTI. Tapi memulakan sesuatu yg baru sangat sukar bahkan competitor akan mudah meniru keja kita dgn inovasi lebih baik.

- kemudian sy membuat csr dgn memberi bluecotton kpd keluarga asnaf d bbrp negeri. Kemudian, mereka menghubungi saya utk dpt kn lagi utk org lain. Terbukti, bluecotton tahan 5 - 7 tahun amat jimat berbanding tuala pakai buang. Sy berikan pd rmh anak yatim, kos tuala pakai buang lenyap sama sekali & mereka blh gunakan Wang tu bayar duit letrik.

- bila cerita saya tersebar, sy dihubungi bbrp aktivis terutama yg pernah ke pedalaman Sabah serawak. Disana, remaja x bersekolah jika haid. Ada yg gunakan sabut kelapa. Ada yg gunakan daun. Bila bocor, mereka digelakkan rakan lain. Mereka lari dr asrama, & pulang kerumah. Ibu bapa mereka x ber pendidikan membiarkan perkara ini. Ia x sepatutnya berlaku d Malaysia.

- saya mula menggerakkan CSR ke sebelah sana. Ada juga mubaligh Kristian menghubungi saya utk mereka berikan kpd keluarga pedalaman. 

- pejabat pendidikan negeri2 byk memberi kerjasama kpd saya utk saya bantu anak2 yg memerlukan & kami cuba selesaikan absenteeism akibat masalah ni.

- sy telah cuba nasib utk buat laporan & proposal sy mengenai social enterprise yg sy buat. Alhamdulillah dr 500 penyertaan seluruh dunia, sy layak 50 terbaik & mempersembahkan d Sweden. Alhamdulillah, sy layak 8 terbaik utk ke America

Berikut gambar2 sekitar majlis :



































































































































































No comments: