Wednesday, April 22, 2015

Kurusus Seni Berniaga oleh Coach Baha

Pada 26 disember 2014 saya telah mengikuti seminar Seni Berniaga oleh Coach Baharudin Mohammad. Anda boleh mencari beliau di fb bernama Baharudin Mohammad atau page Coach Baha. Seminar ini bukanlah seperti seminar perniagaan yang biasa. Ia mempunyai kelainan tersendiri dimana coach mengajar bisnes secara hands on, menunjukkan pusat operasi bisnes. Antara yang dipelajari :

Potensi diri
Disini, kami belajar potensi diri, kekuatan untuk menjalankan bisnes, & sinergi yang perlu digerakkan untuk 2015. 

Bisnes Model Canvas Hybrid
Ianya agak lain dari BMC yang biasa dimana dimasukkan sekali elemen kos dalam setiap elemen. Justeru kita boleh menghitung kos yang terlibat & anggaran keuntungan dengan lebih tepat.

Marketing Revolution
Marketing revolution berkisar mengenai konsep pemasaran yang baru & sesuai diamalkan. Pemasaran konservatif biasanya mewar-warkan perniagaan mereka dengan gah di TV, baner dsb. Tetapi marketing revolution menekankan pemasaran melalui bakal pelanggan yang lebih tepat (niche market).


Apa kata peserta

Keadaan sekitar D'Impian Homestay



Ketika di tempat masak katering

Rumah tersergam ini mempunyai 11 bilik & keluasan tanah 6 ekar. Banyak cerita bersejarah mengenai rumah ini






 

Dihidangkan air kelapa




Kami sedang makan



BMC Hybrid
 









Penyampaian sijil











No comments: