Sunday, March 2, 2014

MALAYSIA AIRLINES- CABARAN DAN IDEA PENYELESAIAN


1. Tidak banyak syarikat penerbangan yang dimiliki oleh kerajaan di dunia ketika ini. Di Amerika tidak ada. Di Eropah semakin berkurangan dan lambat laun situasi ini akan berlaku juga di Asia. Mungkin syarikat penerbangan jenis ini hanya mampu dibiayai oleh beberapa negara arab yang kaya raya.

2. Kenapa situasi ini berlaku? Ini kerana kebiasaannya syarikat milik kerajaan rugi kerana mereka tidak begitu ambil kisah akan keuntungan. Kenapa mereka perlu kisah sedangkan itu bukannya duit mereka.

3. Pembayar cukai di Malaysia mempunyai sebab yang kukuh untuk marah kepada GLC yang mengalami kerugian kerana tidak ada alasan untuk mereka rugi. Dan salah satu GLC ini adalah MAS- syarikat penerbangan milik negara.

4. Semenjak 7 tahun yang lalu MAS telah melakukan 'cash call' sejumlah RM7 billion. Tetapi di sebalik wang yang banyak ini mereka telah rugi lebih RM4 billion dalam tempoh 4 tahun. Oleh itu wajarkah MAS mengisytiharkan bankrup seperti yang dilakukan oleh Japan Airlines dan American Airlines?

5. Denga mengisytiharkan muflis, MAS boleh menjalankan perniagaan bermula dari 'zero'. Tetapi perlu diakui mengisytiharkan bankrup bukanlah satu-satunya cara yang ada. Lagipun cara tersebut adalah langkah drastik yang mana ianya tidak semudah dikata.

6. Apabila JAL memfailkan bankrup, mereka menjual semua jet jumbo, menghentikan kebanyakan laluan, mengurangkan pekerja sebanyak 35%, meminta pekerja mengambil potongan gaji yang tinggi serta memotong wang pencen bekas kakitangan.

7. Mengambil kira keadaan kerajaan yang lemah ketika ini, adalah tidak mungkin kerajaan akan membenarkan MAS mengambil langkah drastik ini.

8. Adakah kita boleh menyangka yang pekerja MAS akan gembira apabila diberitahu membuang mereka akan membantu syarikat mereka? Ini samalah seperti memberitahu manusia yang sedang diserang harimau supaya merelakan dirinya dibaham atas alasan dia membantu kelangsungan spesies terancam tersebut.

9. Oleh itu tidak banyak yang MAS boleh lakukan selain daripada memilih cara penyelesaian yang bersifat perlahan. Apakah penyelesaiannya? Jawapannya adalah dengan meningkatkan produktiviti dengan aset dan pekerja sedia ada. Dan perkara ini tidaklah mudah.

10. Apabila perniagaan mengalami kerugian akibat saingan yang hebat dan kos operasinya menghakis keuntungan, ia boleh mengatasinya sama ada melalui peningkatan harga jualan atau mengurangkan kos operasinya.

11. Tetapi harga hanya boleh dinaikkan pada sesuatu tahap sahaja. Menaikkan terlalu tinggi hanya menyebabkan MAS hilang pelanggan ke Emirates dan SIA. Sekarang ini pun jumlah pasaran MAS di KLIA hanyalah 28%. Bayangkan apa akan terjadi jika MAS hilang lagi pelanggan.

12. Oleh yang demikian, MAS perlulah mengurangkan kos operasi mereka. 

13. Ada yang berkata MAS memiliki lambakan pekerja. MAS yang mempunyai 100 kapal terbang menggaji 20 ribu pekerja sedangkan AirAsia hanya menggaji 9 ribu pekerja meskipun mempunyai 300 kapal terbang. Walaubagaimanapun perbandingan ini tidak adil kerana undnag-undang pekerja kedua syarikat adalah berlainan.

14. Malahan kebanyakan syarikat lain meng'outsource' kerja seperti penyelenggaran kapal terbang kepada syarikat luar tidak seperti MAS yang lakukan sendiri. Oleh itu logiklah jika jumlah pekerja MAS lebih tinggi.

15. Tetapi apapun, MAS perlu mengoptimumkan tenaga kerjanya yang berjumlah 20 ribu orang ini. Inilah yang sepatutnya dinilai oleh ramai sama ada MAS berjaya ataupun tidak meningkatkan produktiviti. 

16. Pada 2013, penggunaan kapal terbang adalah 12 jam sehari berbanding 8 jam sehari sebeum ini dan ini telah membantu MAS membawa lebih 4 juta penumpang- meningkat kepada 16 juta daripada 12 juta. Purata 81% tempat duduk diisi bagi setiap penerbangan- jumlah yang lebih tinggi berbanding SIA. 

17. Secara ringkasnya produktiviti MAS meningkat 20%.

18. Adakah cara untuk kita meningkatkan 'yield' MAS? Ada.

19. Pertama, MAS boleh menimbang untuk menjual beberapa bahagiannya yang menghasikan keuntungan seperti MAS Engineering dan MAS Airport Service yang mana jumlahnya dianggarkan sebanya RM3.2 Billion. Jika cara ini diambil, ia akan mengelakkan daripada bahagian MAS yang untung diganggu masalah kewangan bahagian yang rugi.

20. Kedua, MAS boleh menambahkan pendapatannya melalui servis tambahan yang boleh dikenakan caj seperti 'keutamaan daftar masuk, kemudahan lounge, pemilihan tempat duduk dan wifi di atas kapal terbang.

21. Ketiga, seperti yang pernah dibincangkan, MAS wajar membahagikan syariakt ini kepada dua bahagian. Sekarang ini walaupun MAS mempunyai Firefly tetapi syarikat penerbangan ini hanyalah penerbangan komuniti dan bukanlah 'lawan' yang serius kepada AirAsia mahupun Malindo Air. Sekiranya Firefly masih tidak berubah, maka wajarlah MAS wujudkan sebuah penerbangan hibrid ala Malindo untuk peenrbangan domestik dan kedua syairkat penerbangan premium antarabangsa.

22. Kita perlu sedar yang pasaran penerbangan Malaysia adalah pasaran yang 'peka-harga'. Penumpang yang sanggup membayar harga premium tidak ramai kerana Malaysia adalah negara membangun dan tidak kaya raya seperti negara arab. Oleh itu adalah mustahil MAS seakrang untuk bersaing dengan AirAsia bagi pasaran doemstik. Walaupun benar AirAsia telah menambahkan bilangan manusia yang boleh terbang tetapi ini juga dilakukan dengan 'mencuri' penumpang MAS.

23. 'Split up' ini penting kerana kita tidak boleh mempunyai dua struktur kos yang berbeza di bawah satu perniagaan yang sama dan dari sudut jenama, ianya satu perkara yang kurang bijak. SIA menubuhkan Tiger Air dan tidak meletakkan unit tambang murahnya sebagai SIA juga.

24. Bayangkan syarikat penerbangan hibrid domestik yang mempunyai hospitaliti 5 star MAS dan kapal terbang dan laluan yang lebih banyak. Ini akan memberikan AirAsia satu saingan yang tulen.

25. Selain itu, penerbangan ini akan menjadi 'supply' kepada penerbangan premium MAS yang terbang ke antarabangsa. Dan lebih menarik, kedua penerbangan ini akan beroperasi bersebelahan- KLIA dan KLIA2.

MatRodi

berita asal :

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.