KUALA LUMPUR: Komunikasi pada 54 minit terakhir antara pesawat
Malaysia Airlines (MH370) MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara
kawalan didedahkan The Telegraph hari ini.
Laporan itu juga mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang
bersama dan menara kawalan, dan lain-lain pengawal trafik udara , bermula dari
masa Boeing 777-200ER itu berlepas dari landasan hingga ke kedudukannya di
ketinggian yang mencecah 35,000 kaki di atas Laut China Selatan.
Transkrip bermula pada 00:25 dengan arahan am daripada menara kawalan kepada juruterbang pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS). Perbualan terperinci bermula pada 00:36.
Ia termasuk pertukaran dari satu lokasi di mana penyiasat
percaya pesawat itu telah disabotaj, dan juga perkataan terakhir pembantu
juruterbang, Fariq Abdul Hamid , 00:27: "All right, good night. "
Penganalisis berkata urutan mesej yang muncul sebagai
"perfectly routine" atau rutin tepat bagi setiap penerbangan.
Bagaimanapun, mereka berkata terdapat dua ciri yang menonjol sebagai berpotensi
ganjil.
Yang pertama adalah mesej dari kokpit pada 01:07 yang
memberitahu menara kawalan, pesawat itu terbang pada 35,000 kaki. Ini
mengulangi mesej yang disampaikan enam minit lebih awal.
Tetapi, ia berlaku pada 1:07, ketika ACARS, peranti isyarat
pesawat, menghantar mesej terakhir sebelum ia dipadamkan dalam masa 30 minit
kemudian yang didakwa seperti disengajakan.
Satu transponder berasingan telah dipadamkan pada 01:21, namun penyiasat percaya ACARS ditutup sebelum 01:19 iaitu ketika komunikasi dari Fariq.
Satu transponder berasingan telah dipadamkan pada 01:21, namun penyiasat percaya ACARS ditutup sebelum 01:19 iaitu ketika komunikasi dari Fariq.
Ciri lain yang pelik, yang boleh dijadikan sebab pesawat itu
disyaki mengalami kemalangan adalah bila hilangnya komunkasi dan seterusnya
penyerahan pengawal trafik udara di Kuala Lumpur kepada petugas di Bandaraya Ho
Chi Minh.
"Jika saya mahu merampas pesawat itu, ia akan menjadi point
di mana saya akan melakukannya," kata bekas juruterbang British Airways
yang memandu 777s, Stephen Buzdygan.
"Mungkin ada sedikit ruang kosong di antara pengawal trafik
udara ... Ia adalah satu-satunya masa semasa penerbangan mereka akan mungkin
tidak dapat dilihat dari bawah," katanya.
Maklumat yang didedah The Telegraph itu menambah lagi spekulasi
mengenai nasib MH370, sama ada ia adalah mangsa kemalangan tiba-tiba atau
dirampas.
Transkrip ini juga menunjukkan bahawa jika juruterbang yang
terbabit, mereka sangat berhati-hati untuk menyembunyikan niat sebenar mereka.
Menurut transkrip kokpit, dari saat tanda masuk di 12.36 apabila
pesawat itu masih di atas darat, Fariq, melakukan rutinnya memberitahu lokasi,
kenaikan dan ketinggian.
Walaupun dia sudah mengambil pendekatan yang sedikit kasual dan
pada masa-masa berlepas dari kata-kata rasminya, tidak apa-apa tanda bahawa
kapal terbang akan hilang.
Sesetengah pakar berkata, mereka tidak melihat apa-apa yang
boleh membuatkan mereka berasa ada perbuatan jahat mungkin telah berlaku.
Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) awal pagi 8 Mac dalam penerbangannya ke Beijing.
Namun pesawat itu
dilaporkan hilang dari radar awal pagi 8 Mac dan masih hilang sehingga hari
ini. - The Telegraph
No comments:
Post a Comment