Saturday, June 27, 2015

Pelancaran AWQAF Corporate Park, Zuriat Care & Mesyuarat Agong Dewan Perdagangan Islam Malaysia

13 Jun 2015, Sabtu. Pada hari ini telah berlangsung Majlis Pelancaran AWQAF Corporate Park, Zuriat Care & Mesyuarat Agong Dewan Perdagangan Islam Malaysia di Auditorium Cempaka Sari, Bangunan Putrajaya Holding. Bangunan cantik ini berhadapan dengan Istana Kehakiman atau Palace of Justice.

AQWAF Corporate Park ialah kompleks perniagaan berkonsepkan waqaf korporat. 70% lot bangunan ini akan dijual kepada badan korporat dan orang awam manakala 30% lagi akan dikekalkan dibawan AWQAF untuk disewakan kepada peniaga2 Muslim.

Perjanjian Jual beli tanah bersebelahan Masjid Tuanku Mizan atau Masjid Besi telah dimeterai pada bulan april lalu dengan nilai hartanah RM 33juta


Zuriat care pula ialah program menjaga anak2 terbuang (rumah kebajikan) & menganjurkan majlis perkahwinan beramai2. Untuk majlis perkahwinan, para peserta ditawarkan kos serendah RM 500 & 10 jemputan.


Dalam masa yang sama juga, mesyuarat agong tahunan DPIM juga dijalankan

No comments: