Thursday, October 30, 2008

Anak Negro Jadi Tuan Kulit Putih


  1. Akhirnya keputusan pilihanraya Presiden US diketahui. Dunia bersorak gembira meraikan kemenangan Obama. Warga kulit hitam yang dahulunya ditindas warga kulit putih menangis melihat ucapan sulong Obama.

  2. Persaingan memancing undi amat sengit. Laporan akhbar menyatakan pungutan suara Obama mendahului Mc Cain. Obama pastinya tidak mahu bersedap - sedap dengan laporan ini lebih - lebih lagi dia pesaingnya bukan kecil anak.

  3. Obama dengan imej toleransi & profesional berjaya memikat sokongan kumpulan pertengahan (moderate), orang muda, & kumpulan terpelajar dengan slogannya yang popular - CHANGE ; Yes We Can! Obama dibantu penasihat dari universiti dilihat lebih akademia. Mengukuhkan reputasi, bekas Setiausaha Negara, Collin Powell menyertainya.

  4. Mc Cain pula dengan imej veteran perang & senior staf pentadbir memikat sokongan kumpulan konsovertif (enggan berubah), kupulan warga emas, & kumpulan atasan / elitis. Dengan slogan COUNTRY FIRST, dia dilihat orang yang masak dengan kepimpinan & urusan White House / Oval Office. Tidak kurang hebatnya, Mc Cain juga dibantu dengan mantan orang kuat White House Henry Kissingger & Lawrence Eagleburger; bekas Setiausaha Negara manakala Richard Armitage bekas penolong Powell.

  5. Begitu daring suasana kempen kali ini. Penganalisis & strategis meneliti siri debat dengan penuh minat kerana pertembungan kali ini akan mencorak landskap ekonomi & politik dunia. Tumpuan utama diberikan dalam 2 isu utama; ekonomi & dasar luar.

  6. Obama menampakkan sikap berlembut dengan Iran, Cuba & seteru politik Amerika tetapi tidak kepada Pakistan. Manakala Mc Cain meneruskan dasar unilateral, konsovertif & Bush's Doctrine.

  7. Obama menampakkan harapan tidak akan berlaku perang seterusnya bahkan dia telah menyediakan pelan pengunduran tentera dari Iraq. Tetapi tentera ini akan dihantar ke Afghanistan untuk memburu Osama & Taliban. Dia & Mc Cain juga telah memberikan undi menyokong belanjawan tentera 2009 berjumlah US$612b yang tujuan utamanya menampung Perang Iraq & Afghan. Dimana pendiriannya yang sebenar?

  8. Mc Cain tetap berpendirian unilateral & akan meneruskan Bush's Doctrine. Perang akan menjana ekonomi. Jika Iran dapat ditawan sumber minyak akan tetap terjamin (seperti yang dilakukan kepada Iraq). Jika Mc Cain menang, apakah Mc Cain akan komited berperang atau depresi ekonomi akan memaksanya memikirkan hal dalaman sahaja? Sebuah kapal perang telah dihantar ke Georgia atas 'misi kemanusiaan'. 1000 Humvee sedang dipasang di Pakistan untuk dikerjakan ke Afghan. Senjata & misil bernilai puluhan juta US$ dijual ke Taiwan atas inisiatif Wolfowitz dengan niat menggalakkan perlumbaan senjata dengan China.

  9. Dalam isu Israel - Palestin kedua-dua calon sekata - We Stand With Israel. Presiden US tidak boleh menentang dasar sedia ada. Dalam sejarah Presiden US, hanya seorang sahaja Presiden yang menentang Israel. Tidak lama kemudian dia dipaksa meletakkan jawatan setelah melalui pelbagai provokasi oleh kumpulan pelobi Yahudi (Jewish Lobby).

  10. Calon Presiden juga harus mendapat sokongan kuat pelobi Yahudi atas sebab kuasa undi Yahudi, dana kempen pilihanraya & kegiatan pelobi sendiri yang telah berakar umbi dalam pentadbiran US.

  11. Sebenarnya rakyat Amerika tidak begitu gemar keluar mengundi. Peratus keluar mengundi biasanya pada lingkungan 40% - 50% sahaja. Hanya pilihanraya 2004 & kali ini peratusnya mencapai 55%. Yang tidak melepaskan peluang menundi ialah yahudi. Mereka akan 'dinasihati" oleh strategis Jewish Lobby mana calon yang perlu dipilih.

  12. Dana kempen pilihanraya banyaknya datang dari usahawan yahudi. Dilaporkan pada pilihanraya 2004, 55% dari dana kempen Republikan diterima dari syarikat yahudi manakala Demokrat 40%.

  13. Intelligent & strategis Jewish Lobby telah lama bertapak, berakar & memainkan peranan penting dalam 'meansihati Kongres' & lain - lain hal pentadbiran US.

  14. Dapat kita perhatikan dalam isu Israel ini amat sukar dipisahkan dalam perjalanan politik seorang Presiden US. Bahkan untuk mengukuhkan pendirian calon, ia perlu melawat Israael supaya mereka dapat merasakan sendiri suasana keselamatan negara Yahudi. dan ini yang dilakukan setiap calon Presiden termasuk Obama sendiri.

  15. Para penganalisis berpendapat Demokrat akan kembali pada dasarnya tradisinya yang mengasingkan Israel dari pentadbiran. Tetapi adakah mungkin?

  16. Dalam hal ekonomi kedua - dua calon gagal menunjukkan pelan sebenar mengukuhkan ekonomi. Barangkali mereka ingin menyembunyikan hakikat yang Amerika bakal menghadapi recessi, depressi dan bakal menyusul hyper inflasi. Ini diakui oleh bekas Gabenor Bank Pusat, Alan Greenspan; katanya dana US$700b tak mungkin dapat menyekat recessi. (Alan Greenspan dianngap Tuhan Ekonomi / God of Economy kerana pengalamannya)

  17. Lain - lain hal yang dicanang Obama ialah tenaga alternatif (white energy) dan blue energy (elektrik). Penemuan ni memakan masa dan pelaburan walaupun tidak mustahil. Tetapi tidak ditentukan peruntukannya.

  18. Saya amat gembira dengan kemenangan Obama. Tetapi cakap lebih mudah dari melaksanakan. I hope he can convey his promises - C H A N G E - Yes We Can !

No comments: