Monday, October 13, 2014

Renungan Jumaat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Salam jumaat penghulu sekalian hari. 
Renungan buat kita bersama...


Menurut Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah, terdapat sambilan lagi bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia:

1. Pembaziran Ilmu Pengetahuan 
membazir jika tidak diamalkan.

2. Pembaziran Amalan 
membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas.

3. Pembaziran Kekayaan 
membazir jika dibelanjakan pada perkara yang maksiat.

4. Pembaziran Hati 
membazir jika kosong daripada mengingati Allah SWT.

5. Pembaziran Tubuh Badan 
membazir jika tidak digunakan untuk beribadah.

6. Pembaziran Cinta 
membazir jika dicurahkan kepada selain Allah dan Rasul-Nya.

7. Pembaziran Masa 
membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya

8. Pembaziran Akal 
membazir jika tidak memikirkan hal-hal keagamaan (akhirat).

9. Pembaziran Zikir 
membazir jika tidak memberi kesan kepada hati, hanya di bibir.


KESIMPULAN :
Jika buat sesuatu amalan itu bukan kerana Allah maka membazirlah seluruh hidupnya di dunia.

No comments: