Kalaulah saya jadi Perdana Menteri Malaysia..sy takkan ajar rakyat dapat RM..bonus2 pun sy tak bg..tapi....
1. Sy akan upgrade semua Tadika Kemas yg ada kat Malaysia ni biar standardnya sama dgn Smart Reader Kids, CIC, Genius Aulad dan banyak lagi Tadika2 berbayar..sekurang2nya sy tau ramai rakyat sy tak perlu lagi mengeluarkan kos lebih dari RM1K untuk yuran pendaftaran dan bulanan yang membebankan..tuntutan zaman sekarang mmg memerlukan anak2 advance bkn kami ckp Tadika Kemas tak standard tp byk yang perlu diperbaiki supaya menjadi pilihan ibu bapa dan anak2 takla tertinggal bile masuk darjah 1.
2. Sy akan upgrade kemudahan dan service di Hospital san Klinik Kerajaan supaya rakyat mendapat kemudahan perubatan selesa seperti Hospital2 dan Klinik2 Swasta..takla mcm skrg keadaan wad mcm pasar malam..bile duduk rs lagi sakit nak2 kalau pesakit dapat katil tambahan yg mmg sgt tak selesa..sekurang2nya rakyat tak perlulah mengeluarkan kos RM4-5K utk kos perubatan di hospital swasta seperti sekarang. Sumbangan rakyat perlu dihargai sebaiknya kerana kita semua punya sumbangan pd negara..ini tidak bile tak sihat yg tak berkemampuan ke hospital swasta terpaksa menunggu berjam2 untuk mendapat rawatan di Unit Kecemasan!
3. Sy akan upgrade sebaik2 mungkin kemudahan pengangkutan, sekurang2nya rakyat tak perlu pikir 800 kali nak naik komuter dr Klang ke KL yg ambil masa dekat sejam..so terpaksa jugakla gagah naik kereta walaupun minyak mahal tu tak masuk lagi kos tol..dgn cara ni jalan raya pun tak la sesak sbb rakyat ade byk alternative pengangkutan awam yg tip top.
4. Sy akan beri subsidi beras, gula, minyak masak, petrol termasuk bil-bil utiliti dalam bentuk kad mcm touch n go..buat dlm bentuk point..setiap org dapat point yg sama..dari menteri sampailah golongan marhaen tak perlu nak bg kuota lebih pada menteri ke hape ke..so harga kat pasaraya semua harga tanpa subsidi..org asing yg takde kad ko byr la harga tersebut..dr sini takde istilah nak jual kad sbb kalo jual ko punya point akan habis..
5. Sy akan naikkan kadar income tax dan tukar had minimum gaji..untuk rakyat yg gaji RM5K ke bawah tak perlu byr income tax.
6. Sy akan wujudkan pusat jagaan kanak2 bersubsidi so rakyat tak perlulah bayar mahal sampai RM300 - 400 kos untuk seorang bayi separuh darinya ditanggung oleh kerajaan.
7. Segala menteri, wakil rakyat tidak akan diberi keistimewaan yg melampaui batas mereka sepatutnya tidak ubah seperti penjawat awam yang lain kerana tugas mereka bukan untuk menjadikan mereka seperti 'tuan' sebaliknya menjadi wakil kepada suara rakyat..keistimewaaan dan peluang2 mencipta kekayaan untuk kepentingan diri ini lah yang membuatkan semua org berlumba2 ingin menjadi wakil rakyat kerana lebih tertarik dgn peluang tersebut hingga terlupa tugas utama mereka untuk berkhidmat kepada rakyat!
8. Diakhir tahun, rakyat2 yang berbelanja dengan berhemat menggunakan kad subsidi yang diberi akan diberi ganjaran atau penghargaan..
Sebagai seorang Perdana Menteri yang dilantik rakyat..sy beri peluang pada rakyat2 sy suarakan apa lagi keperluan yang anda perlukan..in sya Allah sy akan upgrade dlm belanjawan tahun depan..hihihihi
dari fb Noorfazila Binti Abdul Rahman
No comments:
Post a Comment