Monday, October 13, 2014

Cukai CGT Tidak Sebagus Cukai Barangan GST – Pakar Ekonomi


SHAH ALAM, 9 Okt – Polisi cukai yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat, iaitu Cukai Keuntungan Modal bagi Ekuiti (CGT) tidak sebagus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ia hanya tertumpu kepada skop yang lebih kecil.
imagePenganalisis ekonomi, Prof Datuk Mohd Yusof Kassim malah berkata, CGT juga akan merencatkan pelaburan dalam negara, sekaligus menolak pandangan yang diutarakan oleh pemimpin pembangkang berhubung kesan pengenalan cukai tersebut.
“Jumlah hasil negara atau revenue kecil sahaja (jika CGT diaplikasikan). Kecuali kalau diletakkan peratusan yang begitu tinggi.
“Kalau diletakkan peratusan yang tinggi, jadi orang takkan nak beli ekuiti di Malaysia.. Orang Malaysia pun akan beli ekuiti di negara lain. Jadi kita akan ada masalah ‘market capitalization’ dalam pasaran saham kita.
“Kalau kita kurang pelaburan, bagaimana kita mahu menjana pertumbuhan,” katanya.
Pakatan hari ini memperkenalkan cukai CGT sebagai alternatif kepada cukai GST yang didakwa menekan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Selain cukai CGT, gagasan pembangkang itu juga memperkenalkan Cukai Warisan Harta, yang mana kedua-duanya hanya melibatkan golongan yang mampu.
Mengulas lanjut kata Mohd Yusof, walaupun CGT ‘dilihat’ sebagai cukai yang ‘adil’ kerana hanya dikenakan kepada golongan yang berpendapatan tinggi, namun ia perlu dinilai dari segenap aspek.
Menjelaskan lebih lanjut, kata Rektor Kolej Universiti Insaniah ini lagi, ini kerana CGT melibatkan golongan berpendapatan tinggi yang jelas sekali sangat kecil peratusannya di negara ini.
“Jumlah yang dapat itu pun sebenarnya tak boleh tampung hasil pendapatan negara yang memang kerajaan perlukan banyak untuk membangunkan semula ekonomi,” katanya lagi.
Malah katanya, pembangkang juga tidak wajar membandingkan Malaysia dengan negara Eropah dalam memperkenalkan cukai tersebut kerana kedudukan ekonomi negara ini berbeza dengan negara lain yang jauh lebih stabil.


http://biswardihasbi.wordpress.com/2014/10/09/cukai-cgt-tidak-sebagus-cukai-barangan-gst-pakar-ekonomi/

No comments: