Kisah ini pernah ditulis
oleh Zainuddin Maidin dalam bukunya bertajuk : "Surat daripada Dr
Mahathir".
Pada Perhimpunan
Agung UMNO 1991, Tun Dr Mahathir pernah berkata
"Jika Malaysia
ingin mempertahankan kemerdekaannya, negara ini mestilah mempunyai kekuatannya
sendiri, bukan kekuatan ketenteraan tetapi kekuatan ekonomi dan kemampuan untuk
membina negara sendiri"
Ketika itu Dunia
dikejutkan dengan Perak Teluk antara Iraq dan Kuwait pada 1991.
Semasa Iraq menceroboh
Kuwait, Dr Mahathir berada di Tokyo dan Presiden Bush ketika itu telah membuat
panggilan penting dari Washington ke Tokyo untuk bercakap dengan beliau tetapi
Dr Mahathir yang ketika itu makan malam dengan seorang rakan Jepun nya tidak
melayan panggilan telefon tu dengan segera!
Dengan selamba beliau
meminta untuk Bush menelefonnya semula kerana beliau masih belum habis makan
malam.
Sikap Dr Mahathir ini
mengejutkan di kalangan Jepun kerana biasanya pemimpin-pemimpin Jepun sendiri
amat menghormati panggilan2 dari pemimpin2 US apatah lagi Presiden Amerika
Syarikat sendiri!
Rakan Jepunnya
barangkali terkejut melihat Dr Mahathir tidak meluru menjawab panggilan
Presiden Amerika Syarikat itu dan mereka tahu pendirian Malaysia sama dengan
Jepun dalam isu Perang Teluk dimana Malaysia dan Jepun berpendapat tidak ada
mana-mana negara dunia berhak menceroboh kedaulatan negara lain.
Malaysia mengambil
pendirian tidak menyebelahi ekstrimis Islam dan militan Islam sekalipun
menghadapi gelora kemarahan dalam negeri terhadap Amerika dan sekutunya.
Atas permintaan Bush,
Malaysia menghantar Menteri Luar Malaysia, Abu Hassan Omar sebagai utusan
peribadinya bagi menjelaskan kepada Ketua Setiausaha Amerika Syarikat James
Baker berkenaan dengan pendirian Malaysia terhadap penaklukan Iraq. James Baker
mencadangkan untuk jumpa di Oman. Tapi Dr Mahathir arahkan Baker berjumpa Abu
Hassan di Lapangan Terbang Texas.
Jumpa wakil Presiden
Amerika hanya di lapangan terbang!
Selepas itu Malaysia
menyokong beberapa resolusi PBB dengan mengecam pencerobohan Iraq dan meminta
Iraq untuk berundur dari Kuwait seberapa segera.
Berikutan itu, PAS
mengambil peluang pendirian kerajaan itu dengan mengumumkan untuk menghantar
sukarelawan untuk berjuang bersama tentera Iraq menentang tentera kafir.
Sebenarnya Dr Mahathir
sendiri berada dalam keadaan serba salah ketika ini malah beliau melihat
sentimen Melayu Islam dalam isu Perang Teluk ini tetapi hakikatnya beliau tidak
menyokong peperangan. Malah, hakikatnya Iraq menceroboh Kuwait dan Iraq tidak
mungkin menang di tangan Amerika Syarikat dan sekutunya.
Sikap dan perasaan Dr
Mahathir itu benar dan Iraq telah kalah dalam peperangan itu. Beliau juga
menggunakan point ini untuk berucap di perhimpunan Agung UMNO 1991 dan berkata
"Hari ini kita
telahpun melihat peristiwa yang amat memalukan. Sebuah negara Islam yang bebas
dan kuat terpaksa tunduk kepada kuasa-kuasa asing kerana bertindak melulu tanpa
perhitungan. Apabila kalah dalam peperangan, askar- askar negara Islam ini
melutut dan mencium kaki musuh bukan Islam kerana ketakutan. Di manakah
semangat dan maruah orang Islam? Apakah ini hasil ajaran agama Islam yang
sebenar atau hasil ajaran yang salah oleh mereka yang kononnya lebih berhak
mentafsir agama Islam?"
"Dalam Perang
Teluk ini, tidak ada sesiapa yang boleh menganggap diri mereka tidak bersalah.
Negara-negara Islam yang berperang sesama sendiri bersalah. Negara yang
mendapat senjata daripada orang bukan Islam untuk menakluk negara Islam lain
bersalah. Negara yang mendapat pertolongan negara bukan Islam untuk melindungi
diri dan kemudian menyerang negara Islam lain bersalah. Negara Islam yang tidak
kuat dan dengan itu tidak sanggup meleraikan negara-negara Islam yang berperang
sesama sendiri bersalah. Negara-negara Islam yang tidak mampu mempertahankan
negara Islam yang lemah daripada ditakluk oleh jiran gergasi Islam juga
bersalah"
" Tetapi yang
lebih bersalah ialah mereka yang mentafsir dan membawa ajaran yang dikatakan
Islam yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam menjadi semakin lama
semakin lemah, mundur, jahil dan mudah diperalat dan dipermainkan oleh
musuh-musuh Islam. Mereka yang mengajar bahawa bagi umat Islam hidup di dunia
hanyalah untuk persediaan bagi akhirat adalah orang yang bersalah besar. Umat
Islam dan agama Islam tidak akan dihina jika tidak kerana ajaran seperti ini.
Dan apabila kita menyoal mereka ini, jawapan mereka ialah "Takdir".
Tuhan kononnya telah mentakdirkan supaya umat Islam melutut dan menyembah
musuh- musuh Islam. Benarkah Tuhan menjadikan orang Islam supaya mereka dihina
di dunia ini? Apakah Tuhan benci kepada orang Islam dan mentakdirkan mereka
dihina, atau apakah semua ini berlaku kerana tafsiran yang berkepentingan orang
tertentu? "
"Kita patut
mengambil iktibar daripada ajaran dan amalan Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada
sesuatu yang lebih mulia disisi Nabi Muhammad s.a.w. daripada amanah. Baginda
mendapat gelaran "Al-Amin" kerana beramanah. Kerana amanah, Baginda
telah menyampaikan ajaran Islam yang benar. Ajaran Islam yang disampaikan oleh
Baginda begitu baik sehingga bangsa Arab yang jahil dan suka berperang antara
kabilah- kabilah mereka telah dapat didamaikan, dan dalam jangkamasa dua ratus
tahun bangsa yang hanya tahu merayau-rayau di padang pasir telah menjadi bangsa
yang kuat, berpengetahuan dan mulia. Dalam masa yang singkat, mereka bukan
sahaja berjaya mendirikan sebuah empayar yang terbesar dan gemilang di dunia,
tetapi juga dalam semua bidang ilmu duniawi mereka mendahului bangsa-bangsa dan
penganut-penganut agama lain. Mereka berjaya menerokai bidang-bidang sains yang
baru. Demikian juga orang lain yang memeluk agama Islam di zaman itu mencapai
kejayaan yang besar di dunia. Penduduk Asia Tengah yang menjadi orang yang
terawal memeluk agama Islam berjaya mengembangkan lagi bidang ilmu sambil
memperluaskan lagi wilayah Islam. Demikian kesan Al-Amin Nabi Muhammad s.a.w.
yang beramanah"
No comments:
Post a Comment