Saturday, January 31, 2009

Harapan Kabinet CHANGE

Saya membuat rumusan dari bacaan saya tulisan Jim Lobe, Roger Cohen & beberapa kolumnis Asia Times, New York Times, Herald Tribune & Wikipedia. Rata – ratanya ahli kabinet ini ialah yahudi NeoCon tetapi tidak mempunyai rekod hawkish seperti Paul Wolfowitz atau Dick Cheney. Antaranya mendapat sokongan kuat Peace for Now, American Peace for Now & lain – lain kumpulan pro damai. Analisa yang dapat saya siapkan kali ini tidak meliputi semua anggota Kabinet. Geithner, Dennis Ross, Dan Kurtzer akan menyusul kemudian. Sudah tentu analisis ringkas ini tidak dapat mencakupi semua aspek penglibatan mereka. Tetapi jika terdapat penambahan saya akan paparkan di,asa akan datang.

  1. Tanggal 22 januari 2009 menjadi sejarah besar Amerika apabila seorang anak kulit hitam ditabal menjadi presiden ke 44. Dengan menjaja harapan CHANGE, Obama menang besar mengalahkan calon dari parti yang semakin tercalar imejnya akibat perang. Mewarisi 2 perang & masalah ekonomi yang lebih rumit daripada Great Depression 1928 bukan kerja mudah buat Presiden Amerika. Tambahan pula masalah sampingan seperti isu Timur Tengah, pelepasan gas rumah hijau, hingga masalah duri dalam daging bakal menghantui Obama.
  2. Sebelum menang pilihanraya pun Obama telah menerima ancaman bunuh. Terkini pendakwaraya New York akan mendakwa 3 orang kulit putih atas dakwaan mengancam bunuh keatas presiden. Mereka didakwa mengeluarkan ugutan melalui blog mereka. Presiden Kennedy sempat berada di pejabat selama 2 tahun 11 bulan. Bagaimana pula Obama? Limozin presiden dilengkapi kamera pandangan malam, system satelit panduan sejagat (GPS), chasis setebal 5 inci, pintu 8 inci, tayar dari bahan keflar (benang baju anti peluru), tong oksigen, capaian internet, talefon terus kepada Timbalan Presiden & pegawai risikan, dan beberapa alatan keselamatan lain. Pengilangnya ialah Cadillac.
  3. Payung White House, Setiausaha Negara akan disandang oleh Hillary Rodham Clinton. Perlantikan Clinton dilihat bakal mengundang masalah besar & menjadi duri dalam daging. Samada dilantik atau sebaliknya Clinton tetap berpotensi mencabar Obama dalam pilihanraya 2012. Jika kuasa besar diberi kepada Clinton melantik orang kanan dalam White House. Sekurang – kurangnya kehadiran Clinton menggambarkan dia akan meneruskan saki baki usaha damai yang tidak dapat dilakukan Bill Clinton. Kontranya pula, Hillary beragama Yahudi & akrab dengan NeoCon & pemimpin Israel.
  4. Rahm Emanuel Chief of Staff, mengetuai dasar polisi luar, lebih – lebih lagi isu panas Israel - Palestin. Ayahnya warga Israel & Emanuel pernah berkhidmat sebagai sukarelawan tentera Israel (IDF) pada 1990. Mula terlibat dengan politik sebagai Ketua Pengumpul Dana apabila Clinton bertanding jawatan gabenor. Kemudian menjadi Penasihat Kanan, Assistant to President for Political Affairs, Senior Adviser for Policy & Strategy sepanjang era Clinton; 1993 - 98. Menjadi senator pada 2002 orang kuat penyelesaian 2 negara - Perjanjian Oslo. Kesimpulanny - (a) penyokong kuat Israel jika perdebatan diadakan di House of Representative termasuk kenyataan keras terhadap Syria, Iran, Hezbollah & ‘Palestinian terrorism’. Menyokong usaha keselamatan Israel antaranya Akta Anti Terroris Palestin yang dicadang oleh American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) tetapi ditentang oleh American Peace for Now (APN) & lain – lain pertubuhan pro damai. (b) menyokong kebanyakan usaha damai antara melobi Rancangan Damai Road Map inisiatif APN kepada Bush. Rancangan ini antara lain menggesa bantuan $US 20 juta kepada pihak berkuasa Palestin untuk pentadbirannya. (c) menyokong penyelesaian 2 negara dalam krisis Israel – Palestin. Sepanjang tempoh hambar 8 tahun Bush terhadap isu ini, beliau menggesa Bush sepatutnya lebih aktif dalam mengusahakan proses damai. Sepanjang itu hanya 2 kali Rundingan Annapolis berlangsung. Sebagai orang kuat Perjanjian Oslo, dia berucap di House of Representative ketika usul memperingati 10 tahun Rabin saya rasa amat bertuah dapat menyaksikan perjanjian bersejarah ini antara Rabin – Arafat dsisaksikan Clinton. Rabin, Arafat, Peres semuanya menerima Anugerah Noble & diingati sebagai pencinta kedamaian yang tiada bandingannya; menjadi inspirasi saya hingga ke hari ini. (d) berpengaruh kuat terhadap pemimpin Israel. Jika diarahkan Israel menghentikan pembangunan penempatan Yahudi, Emanuel akan menggunakan setiap ruang untuk menghentikannya (samada berlembut atau kasar).
  5. George Mitchell Duta Khas ke Timur Tengah. Ayahnya seorng Irish & ibunya seorang Arab Lubnan. Seorang yang teliti dan sabar dalam menguruskan isu Timur Tengah lebih – lebih lagi dalam isu Israel – Palestin. Mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dalam isu Clean Air Act 90, Usaha Damai Ireland Utara, Belfast Peace Agreeent, dll. Mitchell akan melapor terus kepada Obama bukannya kepada Clinton apa yang difikirnya usaha menangani isu Israel – Palestin – “mesti disokong dengan political capital, sumber ekonomi, & perhatian serius dari White House.” Pandangannya pada konflik tidak menyenangkan Zionis kerana jelas tidak menyokong / senada dengan usaha Israel. Artikel penuh oleh Morton Klien, Presiden Zionis Amerika di http://www.zoa.org/sitedocuments/oped_view.asp?opedID=1565. Malangnya dia akan berunding dengan Pelastine Authority bukannya Hamas untuk membangunkan Palestin (dasar diteruskan dari era Bush).
  6. Boleh dikatakan dasar Obama di Timur Tengah akan menampakkan perubahan walaupun sedikit. Samada berapa besar kejayaan ini bergantung pada pihak – pihak yang bertelagah. Saya bawakan petikan beberapa ucapan penting Obama berkaitan isu Israel – Palestin. Ketika Perang Gaza sampai dipenghujungnya dia menyatakan simpati terhadap rakyat Palsetin. Ini adalah permulaan baik dia ingin melangkah kaki kedalam isu Israel – Palestin. (a) Sekarang dia menekankan perlunya gencatan senjata dilakukan kedua pihak untuk satu jangka masa masa yang panjang sebelum usaha damai dapat dibuat. (b) penutupan sempadan perlu diakhiri supaya bekalan makanan, ubatan & lain – lain kegiatan ekonomi dapat di jalankan akhirnya keadaan akan beransur baik. (c) penglibatan Palestin Authority perlu dalam pembangunan Gaza. Kenyataan ini sekaligus mengasingkan Hamas sebagai ‘pihak berautoriti’.
    Mengukuhkan lagi kenyataan diatas Obama berkata Negara – Negara Arab patut membantu Palestin yang diketuai Presiden Abbas & Perdana Menteri Fayyad. Samada dia rela atau terpaksa, dia terus menggunakan taktik Anwar Ibrahim – talam dua muka.
  7. Kejayaan paling besar Bill Clinton ialah termeterainya Perjanjian Oslo antara Yitzhak Rabin & Yasser Arafat. Saya imbas kembali situasinya jika sejarah ingin diulang kembali (& semestinya sejarah akan berulang - ulang). (a) Yitzhak Rabin menang kerusi Presiden pemilihan Parti Buruh mengalahkan Shimon Peres pada 1992. Kemenangannya dilihat membawa imejnya yang ingin berdamai dengan Palestin (b) tidak lama kemudian berjalan pilihanraya umum Israel & Parti Buruh pimpinannya mendapat mandat besar rakyat Israel dengan mengalahkan Parti Likud pimpinan Yitzhak Shamir. (c) usaha gigihnya mempromosi usaha damai dengan Palestin & Negara - Negara Arab sehingga termetrainya Perjanjian Damai Israel – Jordan (1994) & Perjanjian Oslo. Sehingga dia ditembak mati, umumnya rakyat majority menyokong kuat usaha damai ini. Doctor yang membedah mayatnya menjumpai cebisan kertas yang berdarah lirik lagu Shir LaShalom (lagu kedamaian) yang dinyanyinya dengan penyanyi Israel, Miri Aloni. Shimon Peres mengambil alih teraju kerajaan dengan menodai usaha – usaha Rabin. (d) Yasser Arafat yang sekian lama mendapat sokongan kuat majority rakyat Palestin pula sanggup bertolak ansur dengan syarat Perjanjian Oslo. Antaranya mengakui kewujudan Negara Israel, & beberapa isu pembangunan Palestin dibantu Israel. Kesimpulan tercapainya usaha damai ini ialah tolak ansur rakyat & pemimpin pihak – pihak yang bertelagah, kesanggupan mematuhi perjanjian & kesabaran menghadapi cabaran apabila berlakunya serangan kecil dari kumpulan minority kedua belah pihak.


Nota kaki
# AIPAC ialah pelobi Yahudi yang mendapat akses terus kepada legislative.

No comments: