- Tahun baru 2009 menyaksikan kekejaman terbaru Zionis menakluki Gaza. Seperti biasa Tel Aviv memberi alasan mempertahankan diri dari serangan roket Hamas. Hakikatnya Israel memberi hadiah tahun baru dengan bedilan yang tidak mengenal infrastruktur mahupun manusia. Terkini, lebih dari 850 orang terbunuh dan beribu lagi cedera.
- Presiden Israel; Shimon Peres ditemuramah online dengan ABC menyatakan serangan hanya ditujukan kepada pejuang Hamas. Bukannya rakyat Palestin. 3 orang kuat dari Republikan senada (termasuk Dick Cheney) dengan sekutu kuat mereka. Bakal Presiden US Barrack Obama hanya bermain politik selamat dengan berdiam diri. Nampaknya ungkapan CHANGE hanya tinggal slogan untuk pancing undi pilihanraya sahaja.
- Reaksi dunia pula bermacam-macam. Indonesia antara negara terawal membuat tunjuk perasaan dan menghulur derma. Kapal yang sarat dengan bantuan dari Libya tiba di Sinai, Mesir. Masalahnya bantuan tidak dapat dihantar kerana pintu masuk ke Palestin berada di kawasan Israel dan mereka enggan membuka sempadan. Lebih dari itu, terowong yang berkapasiti terhad menjadi laluan Hamas menghantar makanan dan ubatan dimusnahkan oleh Israel.
- Di Chile, tunjuk perasaan bukan sahaja melambangkan protes rakyat terhadap rejim, bahkan mereka mendesak kerajaan mengkaji semula hubungan dengan Israel. Venezuela pula menghalau Duta Israel negara itu. China hanya mengeluarkan kenyataan kegusaran krisis kemanusiaan yang meruncing. Liga Arab dan PBB tidak lebih sekadar boneka Yahudi dengan tidak mengambil keputusan drastik menghentikan perang.
- Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah tunjuk perasaan di London yang membawa kepada Gordon Brown mendesak Israel menghentikan serangan. Sebelum ini, Britain dan US hanya menyokong apa sahaja tindakan Zionis kerana Israel adalah hasil usaha mereka.
- France pula mengambil inisiatif menaja rundingan damai. Pendirian Sarkozy ini adalah warisan polisi pemerintah terdahulu; inginkan keamanan dan tidak tunduk pada kuasa besar lain(Jacque Chirac tidak merestui Perang Iraq). France berpotensi menjadi pendamai Israel-Hamas. Dalam pada itu, halangan dalamannya, France mempunyai bangsa Yahudi kedua paling ramai selepas US. Sentimen yang melibatkan Israel, sudah tentu dapat dipengaruhi sedikit sebanyak. Justeru Malaysia juga perlu menjalin kembali hubungan yang erat dengan France seperti era Dr M (amat akrab dengan Edouard Balladur & Chirac & eager memperjuangkan masalah Palestin, negara Afrika & masalah globalisasi.)
- Dapat kita perhatikan sokongan terhadap Palestin bukan sahaja datang dari negara Islam bahkan bukan Islam. Sebaliknya beberapa negara Islam (contohnya Mesir) jelas sekali menjadi pak turut yahudi. Dengan ini tidak mustahil jika Parlimen Malaysia yang bakal membuat sidang khas esok mencadangkan - (a) menubuhkan tribunal jenayah perang (seperti yang dihadapi Radovan Karadic) terhadap Israel. Sudah tentu ini agak susah lagipun kita adalah negara kecil dari segi ekonomi, ketenteraan dll. Malaysia perlu mendapat sokongan negara lain. Saya yakin Venezuela, Brazil, & beberapa negara Islam lain memberi undi sokongan jika kita mencadangkan di United Nation General Assembly. (b) mengugut & membuat boikot ekonomi US & Israel. Kita tak mungkin dapat boikot semua produk US. Aka Israel sebenarnya menggunakan kerakyatan negara lain menjadi bos syarikat multi besar dengan teknologi yang belum tercapai oleh kita (automotif, semikonduktor, space / astronautik, dll). Hakikatnya kita masih banyak bergantung pada US & Israel. Tetapi kita boleh boikot kepenggunaan / servis seperti KFC, Mc D, coklat, kosmetik, keta dll. Samada kita sanggup puasa KFC / float Coke terpulang pada kekuatan kita (hehehe). Saya pinjam kata Dr M ketika wawancara khas Atma Asia (Awani) ketika recession ni lah masa keemasan untuk menekan ekonomi US. Umpamanya sebuah bangunan yang hampir tumbang, maka lebih mudah kita nak robohkan.
- Kita perlu menjelaskan masalah ini bukannya Perang Islam - Yahudi tetapi perjuangan rakyat Palestin untuk merdeka. Israel yang asalnya sebesar Johor menjadi kuat sebesar hari ini dalam tempoh 60 tahun.
- Penyelesaian 1 @ 2 negara. 1 State Solution maknanya 1 negara dimana Yahudi & Palestin hidup bersama. Mungkin agak mustahil kerana jika Yahudi yang berkuasa, tak mungkin Israel akan memberi layanan seimbang pada rakyat Palestin (kerana mereka dianggap pelarian / imigran). Jika Palestin mengambil semula tanah yang dirampas Israel, kemana warga Israel nak dibuang? Inilah makna tersirat ungkapan Dr M how about giving a piece of land in Texas for state of Israel. Dalam 2 State Solution pula, adakah rakyat Palestin akan setuju tanah tumpah darah mereka diberi menjadi negara Israel?
- Serangan ini juga menjadi bahan kempen P/raya Israel bulan depan dimana Tzipi Livni, Ehud Barak, & Benjamin Netayahu bersaing menunjukkan kebengisan. Kadima hendak menunjukkan kuku besinya melebihi parti ultra orthodox Shah's (dimana Livni gagal memujuknya membentuk kerajaan). Netayahu pula ingin Likud Partinya menyaingi Kadima.
- Sesiapa yang ingin menderma boleh lah merujuk
Aman Malaysia, Blok B-13-D2, Plaza Mont Kiara, No.2, Jalan Kiara ,
50480 Kuala Lumpur
Atau melalui akaun bank CIMB 142090007389058.
http://rakissanta.blogspot.com/2008/01/rayuan-untuk-tabung-gaza.html
Tabung NSTP Untuk Gaza sebelum 1 Febuari 2009 ke akaun Maybank (514105-320501)
imej dari http://fiq-life.blogspot.com/2009/01/aman-malaysia-lancar-tabung-gaza.html
SAMA- SAMALAH KITA MENDOAKAN UMAT ISLAM PALESTIN MENIKMATI HIDUP AMAN & BALAK YANG BESAR JATUH KEATAS ISRAEL. BUATLAH SOLAT HAJAT JIKA MAMPU
No comments:
Post a Comment