Saturday, January 31, 2009

Harapan Kabinet CHANGE

Saya membuat rumusan dari bacaan saya tulisan Jim Lobe, Roger Cohen & beberapa kolumnis Asia Times, New York Times, Herald Tribune & Wikipedia. Rata – ratanya ahli kabinet ini ialah yahudi NeoCon tetapi tidak mempunyai rekod hawkish seperti Paul Wolfowitz atau Dick Cheney. Antaranya mendapat sokongan kuat Peace for Now, American Peace for Now & lain – lain kumpulan pro damai. Analisa yang dapat saya siapkan kali ini tidak meliputi semua anggota Kabinet. Geithner, Dennis Ross, Dan Kurtzer akan menyusul kemudian. Sudah tentu analisis ringkas ini tidak dapat mencakupi semua aspek penglibatan mereka. Tetapi jika terdapat penambahan saya akan paparkan di,asa akan datang.

  1. Tanggal 22 januari 2009 menjadi sejarah besar Amerika apabila seorang anak kulit hitam ditabal menjadi presiden ke 44. Dengan menjaja harapan CHANGE, Obama menang besar mengalahkan calon dari parti yang semakin tercalar imejnya akibat perang. Mewarisi 2 perang & masalah ekonomi yang lebih rumit daripada Great Depression 1928 bukan kerja mudah buat Presiden Amerika. Tambahan pula masalah sampingan seperti isu Timur Tengah, pelepasan gas rumah hijau, hingga masalah duri dalam daging bakal menghantui Obama.
  2. Sebelum menang pilihanraya pun Obama telah menerima ancaman bunuh. Terkini pendakwaraya New York akan mendakwa 3 orang kulit putih atas dakwaan mengancam bunuh keatas presiden. Mereka didakwa mengeluarkan ugutan melalui blog mereka. Presiden Kennedy sempat berada di pejabat selama 2 tahun 11 bulan. Bagaimana pula Obama? Limozin presiden dilengkapi kamera pandangan malam, system satelit panduan sejagat (GPS), chasis setebal 5 inci, pintu 8 inci, tayar dari bahan keflar (benang baju anti peluru), tong oksigen, capaian internet, talefon terus kepada Timbalan Presiden & pegawai risikan, dan beberapa alatan keselamatan lain. Pengilangnya ialah Cadillac.
  3. Payung White House, Setiausaha Negara akan disandang oleh Hillary Rodham Clinton. Perlantikan Clinton dilihat bakal mengundang masalah besar & menjadi duri dalam daging. Samada dilantik atau sebaliknya Clinton tetap berpotensi mencabar Obama dalam pilihanraya 2012. Jika kuasa besar diberi kepada Clinton melantik orang kanan dalam White House. Sekurang – kurangnya kehadiran Clinton menggambarkan dia akan meneruskan saki baki usaha damai yang tidak dapat dilakukan Bill Clinton. Kontranya pula, Hillary beragama Yahudi & akrab dengan NeoCon & pemimpin Israel.
  4. Rahm Emanuel Chief of Staff, mengetuai dasar polisi luar, lebih – lebih lagi isu panas Israel - Palestin. Ayahnya warga Israel & Emanuel pernah berkhidmat sebagai sukarelawan tentera Israel (IDF) pada 1990. Mula terlibat dengan politik sebagai Ketua Pengumpul Dana apabila Clinton bertanding jawatan gabenor. Kemudian menjadi Penasihat Kanan, Assistant to President for Political Affairs, Senior Adviser for Policy & Strategy sepanjang era Clinton; 1993 - 98. Menjadi senator pada 2002 orang kuat penyelesaian 2 negara - Perjanjian Oslo. Kesimpulanny - (a) penyokong kuat Israel jika perdebatan diadakan di House of Representative termasuk kenyataan keras terhadap Syria, Iran, Hezbollah & ‘Palestinian terrorism’. Menyokong usaha keselamatan Israel antaranya Akta Anti Terroris Palestin yang dicadang oleh American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) tetapi ditentang oleh American Peace for Now (APN) & lain – lain pertubuhan pro damai. (b) menyokong kebanyakan usaha damai antara melobi Rancangan Damai Road Map inisiatif APN kepada Bush. Rancangan ini antara lain menggesa bantuan $US 20 juta kepada pihak berkuasa Palestin untuk pentadbirannya. (c) menyokong penyelesaian 2 negara dalam krisis Israel – Palestin. Sepanjang tempoh hambar 8 tahun Bush terhadap isu ini, beliau menggesa Bush sepatutnya lebih aktif dalam mengusahakan proses damai. Sepanjang itu hanya 2 kali Rundingan Annapolis berlangsung. Sebagai orang kuat Perjanjian Oslo, dia berucap di House of Representative ketika usul memperingati 10 tahun Rabin saya rasa amat bertuah dapat menyaksikan perjanjian bersejarah ini antara Rabin – Arafat dsisaksikan Clinton. Rabin, Arafat, Peres semuanya menerima Anugerah Noble & diingati sebagai pencinta kedamaian yang tiada bandingannya; menjadi inspirasi saya hingga ke hari ini. (d) berpengaruh kuat terhadap pemimpin Israel. Jika diarahkan Israel menghentikan pembangunan penempatan Yahudi, Emanuel akan menggunakan setiap ruang untuk menghentikannya (samada berlembut atau kasar).
  5. George Mitchell Duta Khas ke Timur Tengah. Ayahnya seorng Irish & ibunya seorang Arab Lubnan. Seorang yang teliti dan sabar dalam menguruskan isu Timur Tengah lebih – lebih lagi dalam isu Israel – Palestin. Mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dalam isu Clean Air Act 90, Usaha Damai Ireland Utara, Belfast Peace Agreeent, dll. Mitchell akan melapor terus kepada Obama bukannya kepada Clinton apa yang difikirnya usaha menangani isu Israel – Palestin – “mesti disokong dengan political capital, sumber ekonomi, & perhatian serius dari White House.” Pandangannya pada konflik tidak menyenangkan Zionis kerana jelas tidak menyokong / senada dengan usaha Israel. Artikel penuh oleh Morton Klien, Presiden Zionis Amerika di http://www.zoa.org/sitedocuments/oped_view.asp?opedID=1565. Malangnya dia akan berunding dengan Pelastine Authority bukannya Hamas untuk membangunkan Palestin (dasar diteruskan dari era Bush).
  6. Boleh dikatakan dasar Obama di Timur Tengah akan menampakkan perubahan walaupun sedikit. Samada berapa besar kejayaan ini bergantung pada pihak – pihak yang bertelagah. Saya bawakan petikan beberapa ucapan penting Obama berkaitan isu Israel – Palestin. Ketika Perang Gaza sampai dipenghujungnya dia menyatakan simpati terhadap rakyat Palsetin. Ini adalah permulaan baik dia ingin melangkah kaki kedalam isu Israel – Palestin. (a) Sekarang dia menekankan perlunya gencatan senjata dilakukan kedua pihak untuk satu jangka masa masa yang panjang sebelum usaha damai dapat dibuat. (b) penutupan sempadan perlu diakhiri supaya bekalan makanan, ubatan & lain – lain kegiatan ekonomi dapat di jalankan akhirnya keadaan akan beransur baik. (c) penglibatan Palestin Authority perlu dalam pembangunan Gaza. Kenyataan ini sekaligus mengasingkan Hamas sebagai ‘pihak berautoriti’.
    Mengukuhkan lagi kenyataan diatas Obama berkata Negara – Negara Arab patut membantu Palestin yang diketuai Presiden Abbas & Perdana Menteri Fayyad. Samada dia rela atau terpaksa, dia terus menggunakan taktik Anwar Ibrahim – talam dua muka.
  7. Kejayaan paling besar Bill Clinton ialah termeterainya Perjanjian Oslo antara Yitzhak Rabin & Yasser Arafat. Saya imbas kembali situasinya jika sejarah ingin diulang kembali (& semestinya sejarah akan berulang - ulang). (a) Yitzhak Rabin menang kerusi Presiden pemilihan Parti Buruh mengalahkan Shimon Peres pada 1992. Kemenangannya dilihat membawa imejnya yang ingin berdamai dengan Palestin (b) tidak lama kemudian berjalan pilihanraya umum Israel & Parti Buruh pimpinannya mendapat mandat besar rakyat Israel dengan mengalahkan Parti Likud pimpinan Yitzhak Shamir. (c) usaha gigihnya mempromosi usaha damai dengan Palestin & Negara - Negara Arab sehingga termetrainya Perjanjian Damai Israel – Jordan (1994) & Perjanjian Oslo. Sehingga dia ditembak mati, umumnya rakyat majority menyokong kuat usaha damai ini. Doctor yang membedah mayatnya menjumpai cebisan kertas yang berdarah lirik lagu Shir LaShalom (lagu kedamaian) yang dinyanyinya dengan penyanyi Israel, Miri Aloni. Shimon Peres mengambil alih teraju kerajaan dengan menodai usaha – usaha Rabin. (d) Yasser Arafat yang sekian lama mendapat sokongan kuat majority rakyat Palestin pula sanggup bertolak ansur dengan syarat Perjanjian Oslo. Antaranya mengakui kewujudan Negara Israel, & beberapa isu pembangunan Palestin dibantu Israel. Kesimpulan tercapainya usaha damai ini ialah tolak ansur rakyat & pemimpin pihak – pihak yang bertelagah, kesanggupan mematuhi perjanjian & kesabaran menghadapi cabaran apabila berlakunya serangan kecil dari kumpulan minority kedua belah pihak.


Nota kaki
# AIPAC ialah pelobi Yahudi yang mendapat akses terus kepada legislative.

Thursday, January 29, 2009

Kebencian meluap – luap terhadap Bush Menjelang peralihan kuasa White House

  1. Agak memeranjatkan orang kuat White House mengerang buku What Happened: Inside the Bush White House and Washington’s Culture of Deception menceritakan keburukan bosnya. Setiausaha Akhbar White House, Scott Mc Cleelan menceritakan pentadbiran Bush bergantung secara agresif propaganda Perang Iraq dari menjelaskan kebenaran & menjualnya kepada rakyat Amerika. Ini bukanlah baru kepada kita,ia akan terus menghantui pentadbiran itik tempang (lame – duck). McClellan menekankan dalam buku ini, dia terpaksa mereka pembohongan kepada rakyat berkali – kali & menyusun penipuan untuk diucap oleh Bush akhirnya Bush memberi ucapan yang jauh menyimpang. Dia terpaksa berdiam diri sekian lama kerana tugas. Apabila permbohongan ini menampakan mereka percaya, tetapi yang munculnya tidak betul, saya tertekan dengan pembohongan ini, tetapi terikat dengan tugas & kesetiaan kepada presiden. Saya berjanji kepada wartawan & bertekad satu hari nanti akan menyatakan yang benar. (rujukan lanjut di http://www.publicaffairsbooks.com/publicaffairsbooks-cgi-bin/display?book=9781586485566)
  2. Usahawan hartanah terkenal Amerika, Donald Trump berkali – kali ditemuramah oleh FOX, CNN & lain – lain badan penyiar secara konsisten mengkritik Bush & pentadbirnya. Condi Rice is a lovely women but she is not doing anything. Dalam bukunya (bersama Bill Zanker) THINK BIG dia menyatakan saya prefer pelacur sebagai wakil perunding daripada Condi. Dalam siri ceramah Wealth Expo anjuran The Learning Annex berulang kali dia menyatakan she down from plane, she waves, she made photo shoot with dictators, she waves again & what happen..? Is she made any deal? Mengenai Dick Cheney pula –he is a hawkish guy (mengutamakan perang dalam diplomatik) he set the war to be fantastic. Natijah pentadbiran Bush – mungkin yang terburuk dunia membenci Amerika. Saya membuat deal dengan English, Germany dsb, dunia membenci Amerika atas apa yang berlaku. Kesimpulannya Trump berkata semua yang Wahington adalah bohong. Senjata pemusnah besar semuanya bohong. Ia hanyalah jalan untuk menakluk Iraq dengan mudah. Dia membaca 60 buku setahun, sebuah buku seminggu. Awak fikir presiden ada masa nak membaca? Semuanya bohong besar! (rujukan lanjut di http://www.youtube.com/watch?v=APb_-4ELYLQ)
  3. Sebuah agensi rating di Amerika, Pew Research Center membuat tinjauan menjelang tempoh tamat perkhidmatan Bush. Keputusan tinjauan mendapati 2/3 rakyat akan mengingati Bush sebagai presiden paling buruk dalam sejarah Amerika. Paling teruk apabila saat mula Bush masuk White House menjanjikan pentadbiran cekap, penyatuan (isu Timur Tengah; Israel - Palestin) sebaliknya tambah menjurang perpaduan.(rujukan lanjut di http://pewresearch.org/pubs/1063/bush-and-public-opinion)
  4. Alan Greenspan, mantan Presiden Federal Reserve selama 18 tahun sejak era Ronald Reagen mengkritik pengurusan kewangan Bush dalam memoirnya The Age of Turbulence: Adventures in a New World. Kekecawaan besar saya apabila presiden tidak sudi menggunakan vetonya mengekang pembaziran terlampau. Bush masuk White House 2001, kali terakhir kerajaan mencatat lebihan (surplus). Selepas itu setiap tahun perbelanjaan mencatat kekurangan (deficit) sehingga 2004 merekodkan deficit $US 413b. Mengenai Perang Iraq, saya amat sedih dengan ketidaksesusaian politik macam ni, semua orang tahu ia kerana minyak. Greenspan amat percaya Saddam dapat menggugat bekalan minyak & kepentingan Amerika di Timur Tengah tapi isu senjata pemusnah besar (wide mass destruction). (bacaan lanjut di http://www.nytimes.com/2007/10/14/books/review/Kinsley-t.html)
  5. Artikel The White House Moron Stumbles to the Finish; The Humiliation oleh Paul Craig Roberts, (Pembantu SetiausahaPerbendaharaan diera Ronald Reagen); Bush telah menjadi penyapu Olmert. Olmert telah mengarahkan Condi Rice membatalkan usul Majlis Keselamatan mengecam serangan Israel keatas Gaza. Tidak cukup dengan itu dia membentak memanggil Bush yang sedang memberi ucapan di PBB. Bush terpaksa menangguh sementara ucapannya untuk menjawab talefon Olmert. Olmert mentertawakan Bush didepan rakyat Israel dengan tindakannya itu. Katanya lagi Bush hanyalah menjadi boneka Yahudi & NeoCon diketuai hawkish Dick Cheney yang menguasai Jabatan Negara, Majlis Keselamatan (PBB), CIA, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri. Dengan kuasa ini NeoCon mereka penipuan untuk menguasai Afghanistan & Iraq dengan perang yang tiada sebab musabab meng-kos Amerika $US 3trillion, manakala berjuta rakyat hilang pekerjaan , pencen, & faedah kesihatan. The Center of Budget & Policy Priority menyalahkan perang Bush yang menyebabkan kerosakan fiscal (fiscal deterioriation). Kesimpulannya Bush tidak dapat menyatakan apakah kehormatannya selama 8 tahun selain ke-dungu-an nya. (artikel penuh http://www.counterpunch.org/roberts01142009.html)
  6. Perkembangan terkini berita 8 mlm 27 jan 09 (a) Obama guna taktik Anwar Ibrahim ketika ditemuramah Al Arabia. Dengan menyatakan keinginannya berdialog dengan Negara Islam, & polisi baru yang sedang digubal terhadap Iran, dasar Obama terus tidak menentu apabila member komen konflik Perang Gaza Israel berhak mempertahankan diri dari serangan roket Hamas. Petikan kata – kata Obama ketika ucapan angkat sumpahnya "To the Muslim world, we seek a new way forward based on mutual interest and mutual respest. To those leaders around the globe who seek to sow conflict or blame their society's ills on the West, know that your people will judge you on what you can build, not what you destroy" apakah yang dimusnahkan oleh pemimpin Islam di Palestin, Amerika @ Negara – Negara lain didunia? (b)Olmert terus angkuh mempertahankan tindakan unilateral (sebelah pihak) Israel dalam Perhimpunan Yahudi Sedunia. Israel akan terus mempertahankan tentera & rakyatnya dengan segala kekuatan yang ada. Rakyat Israel boleh memilih untuk hidup dengan rakyat Palestin @ menubuhkan sebuah Negara Palestin merdeka.

Tuesday, January 20, 2009

BLACK AND WHITE ON GAZA INVASION

To my friends abroad: Annie, Calvin, & Freddy..
I’m hesitated to share my vantage points about Gaza Invasion recently. Israel’s atrocity towards Gaza had triggered overwhelming protest in Muslim & Non-Muslim countries.

  1. During incision campaign, Astro AWANI (a private broadcast) has interviewed some strategists from Israel. Conclusion to FAQ’s:-
  2. Jewish leaders & Strategists’ stated this strike targeted to HAMAS rebellions only. But the fact is 1300 civilians dead while. 5300 maimed injured.
  3. Israel’s only defending them from HAMAS rocket but the fact is Hamas which elected through democratic election is desperate by sanction @ borders. Thus Palestinians suffered because they only have limited access to food, medicine, gas etc. Small tunnel with limited capacity is only the way to survive. This also destructed by Zionist.
  4. How long this strike will continue? As long as we need (achieved peace). The fact is that Israel never stop invasion since 1948 until no time mentioned..(or waiting for Messiah?)
  5. Israel destructed not only “bunker of terrorist” but world fended infrastructure. Recently schools of UN sponsored bombed. Before this UN & EU infrastructure (school, bridge, roads etc.) also demolished.
  6. I can say HAMAS is brutally barbarian if we observed this issue overnight. But this is not new existed conflict. This started when Israel established in 1948. War, conflict atrocity and invasion never stop and today only Gaza and West Bank remain to Palestinian.
  7. Terror is impression of desperate. Palestinian desperate to get their homeland needs of life, living in peace as others. They don’t have arms, munitions and tanks to protect themselves from Zionist atrocity. During 60 years they are suffer enough and living in horrible.
  8. If Gaza and HAMAS described as terrorist because launch rockets to Ashdod and Sdeirot, what different with West Bank? Civilian in West Bank do not launch attack to Israel but their Homeland still invaded. Thus, they think die. Protecting homeland is better than live in horrible.
  9. This conflict is not war against Muslim-Jews. As I mentioned earlier, this is a fight of Palestinian to get their homeland back and live in peace. I applaud initiative of non-Muslim’s countries to stop Israel’s atrocity; France, Britain, Venezuela, Brazil, Italy, Mauritania etc. Also voices of peace heard from Peace Now and Ha’aretz, New York Times etc.
  10. Solution towards peace must be initiated. Oslo Accord signed after both parties Israel led by Yitzak Rabin& Palestine by Yasser Arafat. The only destroyed this is EXTREMISME. Willing to live in peace.

Latest progress 08.00 GMT 19 jan 2009

Olmert urges Israel troops withdraw from Gaza strip. Hypothesis in my mind

  • troops fear to go deep in city because HAMAS is more advanced in urban war / guerilla
  • Olmert pushed by EU leaders; France, German, Spain, Italy, etc to stop military occupation. Abscondedly Sarkozy is NATO Presiden.
  • Olmert appreciated Obama inauguration caremony
  • this will not much last as this war never end 60 years

Saturday, January 10, 2009

GAZA

  1. Tahun baru 2009 menyaksikan kekejaman terbaru Zionis menakluki Gaza. Seperti biasa Tel Aviv memberi alasan mempertahankan diri dari serangan roket Hamas. Hakikatnya Israel memberi hadiah tahun baru dengan bedilan yang tidak mengenal infrastruktur mahupun manusia. Terkini, lebih dari 850 orang terbunuh dan beribu lagi cedera.
  2. Presiden Israel; Shimon Peres ditemuramah online dengan ABC menyatakan serangan hanya ditujukan kepada pejuang Hamas. Bukannya rakyat Palestin. 3 orang kuat dari Republikan senada (termasuk Dick Cheney) dengan sekutu kuat mereka. Bakal Presiden US Barrack Obama hanya bermain politik selamat dengan berdiam diri. Nampaknya ungkapan CHANGE hanya tinggal slogan untuk pancing undi pilihanraya sahaja.
  3. Reaksi dunia pula bermacam-macam. Indonesia antara negara terawal membuat tunjuk perasaan dan menghulur derma. Kapal yang sarat dengan bantuan dari Libya tiba di Sinai, Mesir. Masalahnya bantuan tidak dapat dihantar kerana pintu masuk ke Palestin berada di kawasan Israel dan mereka enggan membuka sempadan. Lebih dari itu, terowong yang berkapasiti terhad menjadi laluan Hamas menghantar makanan dan ubatan dimusnahkan oleh Israel.
  4. Di Chile, tunjuk perasaan bukan sahaja melambangkan protes rakyat terhadap rejim, bahkan mereka mendesak kerajaan mengkaji semula hubungan dengan Israel. Venezuela pula menghalau Duta Israel negara itu. China hanya mengeluarkan kenyataan kegusaran krisis kemanusiaan yang meruncing. Liga Arab dan PBB tidak lebih sekadar boneka Yahudi dengan tidak mengambil keputusan drastik menghentikan perang.
  5. Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah tunjuk perasaan di London yang membawa kepada Gordon Brown mendesak Israel menghentikan serangan. Sebelum ini, Britain dan US hanya menyokong apa sahaja tindakan Zionis kerana Israel adalah hasil usaha mereka.
  6. France pula mengambil inisiatif menaja rundingan damai. Pendirian Sarkozy ini adalah warisan polisi pemerintah terdahulu; inginkan keamanan dan tidak tunduk pada kuasa besar lain(Jacque Chirac tidak merestui Perang Iraq). France berpotensi menjadi pendamai Israel-Hamas. Dalam pada itu, halangan dalamannya, France mempunyai bangsa Yahudi kedua paling ramai selepas US. Sentimen yang melibatkan Israel, sudah tentu dapat dipengaruhi sedikit sebanyak. Justeru Malaysia juga perlu menjalin kembali hubungan yang erat dengan France seperti era Dr M (amat akrab dengan Edouard Balladur & Chirac & eager memperjuangkan masalah Palestin, negara Afrika & masalah globalisasi.)
  7. Dapat kita perhatikan sokongan terhadap Palestin bukan sahaja datang dari negara Islam bahkan bukan Islam. Sebaliknya beberapa negara Islam (contohnya Mesir) jelas sekali menjadi pak turut yahudi. Dengan ini tidak mustahil jika Parlimen Malaysia yang bakal membuat sidang khas esok mencadangkan - (a) menubuhkan tribunal jenayah perang (seperti yang dihadapi Radovan Karadic) terhadap Israel. Sudah tentu ini agak susah lagipun kita adalah negara kecil dari segi ekonomi, ketenteraan dll. Malaysia perlu mendapat sokongan negara lain. Saya yakin Venezuela, Brazil, & beberapa negara Islam lain memberi undi sokongan jika kita mencadangkan di United Nation General Assembly. (b) mengugut & membuat boikot ekonomi US & Israel. Kita tak mungkin dapat boikot semua produk US. Aka Israel sebenarnya menggunakan kerakyatan negara lain menjadi bos syarikat multi besar dengan teknologi yang belum tercapai oleh kita (automotif, semikonduktor, space / astronautik, dll). Hakikatnya kita masih banyak bergantung pada US & Israel. Tetapi kita boleh boikot kepenggunaan / servis seperti KFC, Mc D, coklat, kosmetik, keta dll. Samada kita sanggup puasa KFC / float Coke terpulang pada kekuatan kita (hehehe). Saya pinjam kata Dr M ketika wawancara khas Atma Asia (Awani) ketika recession ni lah masa keemasan untuk menekan ekonomi US. Umpamanya sebuah bangunan yang hampir tumbang, maka lebih mudah kita nak robohkan.
  8. Kita perlu menjelaskan masalah ini bukannya Perang Islam - Yahudi tetapi perjuangan rakyat Palestin untuk merdeka. Israel yang asalnya sebesar Johor menjadi kuat sebesar hari ini dalam tempoh 60 tahun.
  9. Penyelesaian 1 @ 2 negara. 1 State Solution maknanya 1 negara dimana Yahudi & Palestin hidup bersama. Mungkin agak mustahil kerana jika Yahudi yang berkuasa, tak mungkin Israel akan memberi layanan seimbang pada rakyat Palestin (kerana mereka dianggap pelarian / imigran). Jika Palestin mengambil semula tanah yang dirampas Israel, kemana warga Israel nak dibuang? Inilah makna tersirat ungkapan Dr M how about giving a piece of land in Texas for state of Israel. Dalam 2 State Solution pula, adakah rakyat Palestin akan setuju tanah tumpah darah mereka diberi menjadi negara Israel?
  10. Serangan ini juga menjadi bahan kempen P/raya Israel bulan depan dimana Tzipi Livni, Ehud Barak, & Benjamin Netayahu bersaing menunjukkan kebengisan. Kadima hendak menunjukkan kuku besinya melebihi parti ultra orthodox Shah's (dimana Livni gagal memujuknya membentuk kerajaan). Netayahu pula ingin Likud Partinya menyaingi Kadima.
  11. Sesiapa yang ingin menderma boleh lah merujuk

Aman Malaysia, Blok B-13-D2, Plaza Mont Kiara, No.2, Jalan Kiara ,

50480 Kuala Lumpur


Atau melalui akaun bank CIMB 142090007389058.


http://rakissanta.blogspot.com/2008/01/rayuan-untuk-tabung-gaza.html


Tabung NSTP Untuk Gaza sebelum 1 Febuari 2009 ke akaun Maybank (514105-320501)

imej dari http://fiq-life.blogspot.com/2009/01/aman-malaysia-lancar-tabung-gaza.html

SAMA- SAMALAH KITA MENDOAKAN UMAT ISLAM PALESTIN MENIKMATI HIDUP AMAN & BALAK YANG BESAR JATUH KEATAS ISRAEL. BUATLAH SOLAT HAJAT JIKA MAMPU