SESUNGGUHNYA
TIADA YANG LEBIH MENYAYAT DARI MELIHAT BANGSAKU DIJAJAH
TIDAK ADA YANG MENYEDIHKAN DARI MEMBIARKAN BANGSAKU DIHINA
AIR MATA TIADA ERTINA SEJARAH SILAM TIDAK ADA MAKNANYA
JIKA BANGSA TERPINGGIR, DIPERSENDA DAN DILUPAKAN
BUKAN KECIL LANGKAH WIRA BANGSA PARA PEJUANG KEMERDEKAAN
BAGI MENEGAKKAN KEMULIAAN DAN DARJAT BANGSA
SELANGKAH BEERTI MARA MENGHARUNG SEJUTA DUGAAN
BIARKAN BERTATIH ASALKAN LANGKAH ITU YAKIN DAN CERMAT
BAGI MEMASTIKAN NEGARA MERDEKA DAN BANGSA TERPELIHARA
AIR MATA SENGSARA MENGIRINGI SETIAP LANGKAH BAPA - BAPA KITA
TUGAS KITA BUKAN KECIL KERANA MENGISI KEMERDEKAAN RUPANYA LEBIH SUKAR DARI BERMANDI KERINGAT DAN DARAH
LAGI PULA APALAH ERTINYA KEMERDEKAAN JIKA BANGSAKU ASYIK MENGIYA, MENIDAKKAN, MENGANGGUK DAN MEMBENARKAN KERANA MAKMUR DAN MEWAHNYA BANGSAKU MASIH MELATA DAN MEMINTA - MINTA DIBUMINYA SENDIRI
BUKAN KECIL TUGAS KITA MENERUSKAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN KITA KERANA SELAIN MEMERDEKAKAN MENGISI KEMERDEKAAN ITU JAUH LEBIH SENGSARA
BANGSAKU BUKAN KECIL HATI DAN JIWANYA
BUKANKAH SEJAK ZAMAN BERZAMAN MEREKA MENJADI PELAUT, PENGEMBARA MALAH MENJADI PENAKLUK TERKEMUKA
BUKANKAH MEREKA TELAH MENGEMBANGKAN SAYAP MENJADI PEDAGANG, DAN PENIAGA SELAIN ULAMA DAN ILMUAN TERBILANG
BUKANKAH BANGSAKU PERNAH MENGHARUNG SAMUDERA MENJAJAH DUNIA YANG TIDAK DIKENALI
BUKANKAH MEREKA PERNAH MENJADI WIRA SERANTAU YANG TIDAK PERNAH MENGENAL ERTI TAKUT DAN KEMATIAN
DIMANAKAH SILAPNYA SEHINGGA BANGSAKU BERASA BEGITU KECIL DAN RENDAH DIRI
APAKAH ANGKARA PENJAJAH LALU BANGSAKU TELAH MELUPAKAN KEGEMILANGAN SILAM DAN SEJARAH GEMILANG MEMBINA EMPAYAR
TUGAS KITA BELUM SELESAI RUPANYA BAGI MEMARTABATKAN DAN MEMULIAKAN BANGSA KERANA HANYA BANGSA YANG BERJAYA AKAN SENTIASA DIHORMATI
RUPANYA MASIH JAUH DAN BERLIKU
JALAN KITA BUKAN SEKADAR MEMERDEKA DAN MENGISI TETAPI MENGANGKAT DARJAT DAN KEMULIAAN BUAT SELAMA LAMANYA
HARI INI JALAN INI PASTI SEMAKIN BERLIKU
KERANA MASA DEPAN BELUM TENTU MENJAMINKAN SYURGA BAGI MEREKA YANG LEMAH DAN MUDAH KECEWA
PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI KERANA HANYA MEREKA YANG CEKAL DAN TABAH DAPAT MEMBINA MERCU TANDA BANGSANYA YANG BERJAYA
No comments:
Post a Comment