Tuan Hj Mohammed Sahar Md Din, berpengalaman luas dalam sumbangan waqaf di Malaysia. Beliau merupakan Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia & telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah UniSZA.
Dalam sesi ini beliau berkongsi bersama penonton / hadirin tentang perkembangan waqaf didunia Islam amnya, & Malaysia khasnya. Sama2 kita saksikan
Majlis ini juga bersmpena jelajah Solar untuk mewaqafkan solar panel kepada masjid2 di Selangor
13 Jun 2015, Sabtu. Pada hari ini telah berlangsung Majlis Pelancaran AWQAF Corporate Park, Zuriat Care & Mesyuarat Agong Dewan Perdagangan Islam Malaysia di Auditorium Cempaka Sari, Bangunan Putrajaya Holding. Bangunan cantik ini berhadapan dengan Istana Kehakiman atau Palace of Justice.
AQWAF Corporate Park ialah kompleks perniagaan berkonsepkan waqaf korporat. 70% lot bangunan ini akan dijual kepada badan korporat dan orang awam manakala 30% lagi akan dikekalkan dibawan AWQAF untuk disewakan kepada peniaga2 Muslim.
Perjanjian Jual beli tanah bersebelahan Masjid Tuanku Mizan atau Masjid Besi telah dimeterai pada bulan april lalu dengan nilai hartanah RM 33juta
Zuriat care pula ialah program menjaga anak2 terbuang (rumah kebajikan) & menganjurkan majlis perkahwinan beramai2. Untuk majlis perkahwinan, para peserta ditawarkan kos serendah RM 500 & 10 jemputan.
Dalam masa yang sama juga, mesyuarat agong tahunan DPIM juga dijalankan
Tan Sri Dr Nordin Kardi, bukan asing bagi ku. Aku mengenali beliau sejak terlibat sebagai MPP UTeM 2003-04. Apabila beliau selesai menyampaikan ceramah, aku menghampiri beliau & memulakan bualan dengan kisah lama. Ketika itu, aku juga rapat dengan Dato Adham Baba, pada ketika itu sebagai EXCO Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia.
Berikut antara perkongsian bersama beliau :
# toksah la sibuk dgn org berkelahi tu. Masa minum cendol tu diorg da pakat2 dahhh nak main wayang
# Skrg ni org muda, ada duit xyh g shopping beli baju. Tp pergilah Thai, indon , Vietnam atau mana2 negara ASEAN. Cari rakan niaga dgn mereka.
# Kalau 500,000,000 penduduk ASEAN, seorang blh untung rm1 sebulan, tiap bulan u da untung setengah billion. Xyh dah najib n mahathir nak gaduh bimbang Nasib anak bangsa dia xcukup makan.
# kita mesti lead ASEAN dlm segenap aspek & bisnes. Kalau x, kita hanya jadi pengikut. Sejarah da menagajar kita
# saya tubuhkan sakretariat akademik, cukup sy jd secretary general. Bg la profesor dr indon jd president. Jd dia invite 240juta rakyat indon kesini utk buat kerja. Nampak mcm kalau tapi dr segi ekonomi nya kita menang
3 Jun, rabu. saya nukilkan perkongsian bersama Dato Tun Hisan, mantan Ketua polis johor kemudian selangor. Agar saya x lupa ilmu beharga dari beliau
# adab melayu - org melayu beradab seni yg halus. Kalau ada tetamu dtg rumah, dijemput naik, di hidang air & sireh. Sireh pula dihalusi urat sireh. Jemput naik d anjung atap 5, 7 kemudian 9. Barulah ditanya apa hajat bertandang
# unik keris - keris menunjukkan kebijakan seni melayu. Kalau pisau (keris barat) plain. Tapi keris ada lok. Kalau ditikam, angin masuk ke dalam luka & blh cepat mati
# R O Windtedt & swetthenham mahir tulisan jawi & berbahasa melayu. Mereka mengkaji & menulis berkaitan melayu; kebaikan budi hinggalah keburukan org melayu. Antara keburukan org melayu ialah suka berhutang & mengumpat.
# ops Payung - saya buat ops payung d selangor supaya kawalan polis mobile & senang org ramai berinteraksi dgn polis. Penjenayah sukar nak aim kawasan jenayah dgn tepat dengan kehadiran polis yg mobile.
# rasuah - masalah rasuah cukup kronik merentasi bangsa, agama & negara. Mana2 pon ada rasuah. Cuma kadar kronik macam mana. Jangan beri rasuah maka Tiada penerima rasuah. Undang2 ada tapi saksi nak beri keterangan sangat kurang justeru kes rasuah xdpt disiasat
# krisis identiti melayu - kembali lah kepada agama & ad at melayu. Xperlu dibangga sangat apa yg dibuat org asing. Kita akan kuat jika perhalusi solat.
Pada 29-4-2015, Rabu saya telah hadir ke Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam bersebelahan dengan Hotel Blue Wave untuk mendengar perkongsian bersama Abang Abu. Majlis anjuran Kelab Usahawan Selangor (KUSEL) ini berlansung tiap rabu dengan bertukar2 penceramah.
Abang Abu Abulyamin, Mekanik Wang merupakan jurulatih kewangan terkemuka di Johor & Singapura. Beliau antara Melayu yang terkemuka & berjaya di Singapura serta mendapat pengiktirafan di Singapura.
Jom kita dengarkan perkongsian beharga dari beliau
Khamis, 23 april 2015. 2 meninggal manakala 2 lagi cedera parah akibat dipanah petir petang ini. Mangsa ketika itu sedang mencari kelulut di Taman Bahagia, Jasin.
Sama2 kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat.
Pada 25 april, sabtu lalu, saya telah hadir ke seminar Mudahnya Menjemput Rezki. Ia dianjurkan oleh pasukan Aura Rezki yang diketuai oleh Puan Julinda.
Pasti anda ada terlihat atau terbaca buku Mudahnya Menjemput Rezki tersebut. Kali ini, Puan Areena Bt Abdul Rahman selaku jurulatih telah berkongsi dengan kami dengan lebih mendalam tentang ilmu ini. Beliau juga memberikan testimoni & contoh2 kisah kejayaan dari esi group coaching atau personal coaching yang beliau kendalikan sendiri.
7 sunnah asas telah diberikan menjadi asas kepada peserta menjadi formula untuk hati kita bergantung sepenuhnya kepada Allah. Hanya dengan bergantung sepenuhnya kepada Allah, maka kekayaan itu akan datang dengan sendirinya. Mintalah kepada Allah. Dia yang maha Pemurah, Maha Kaya, Maha memiliki segalanya
7 perkara tersebut adalah :
Solat diawal waktu
Solat duha
solat tahajud
Sedekah
Istighfar, selawat
Baca alquran dengan melihat maknanya (tadabbur)
Wudhuk
Berikut adalah sedutan video :
Tips ke 6 & 7
Sesi Mendoakan
Sesi Soal Jawap
Sesi terapi memaafkan & meredhokan
Sesi mengenal diri melalui warna & unsur
Hubungi Puan Areena
Penganjur telah memungut wang derma kepada peserta sebagai latihan memberi. Sejumlah RM 1,200 telah berjaya dikutip telah diserahkan kepada 3 ibu tunggal yang hadir dalam seminar tersebut (setiap orang menerima RM 100), manakala 3 sekolah tahfiz & rumah anak yatim diberikan masing2 RM 300.
Wang yang didermakan oleh peserta di dermakan kepada pusat Tahfiz & anak yatim