Thursday, November 6, 2014

KENAIKAN KOS SARA HIDUP DAN PENURUNAN KUASA GAJI, SEPULUH ISU TERBESAR EKONOMI MALAYSIA 2015


1377262_331088677075520_7818772052190002346_n
Keluhan dan rintihan berani tahun mencabar 2015.
Kepada semua rakyat Malaysia, bersedia hadapi SEPULUH cabaran ekonomi Malaysia terbesar tahun depan :
1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT
Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga tepung (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.
Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST
2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI
Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara.
Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.
3. PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN
Hutang isirumah rakyat Malaysia telah berganda kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%. Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah.
Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untk membayar hutang terkumpul.
4. PERTUMBUHAN EKONOMI DEKAD YANG LEBIH PERLAHAN
Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysia (KDNK) tahun 2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran.
Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun. Walaubagaimanapun selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh dengan perlahan.
5. KOS PENGURUSAN KERAJAAN YANG TINGGI
Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion. Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. Untuk nota, Malaysia memiliki nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di dunia seramai 1.4 juta atau 10% dari seluruh tenaga kerja di Malaysia.
6. BEBAN SUBSIDI KERAJAAN YANG TINGGI
Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan telah meningkat dengan ketara daripada RM1.1 bilion pada 1999 kepada RM44.1 bilion pada 2013. Ini bermakna 20% dari cukai yang dikutip akan digunakan untuk subsidi rakyat. Subsidi ibarat ganja kerana ia sukar dihentikan apabila telah diberikan. Penamatan subsidi juga boleh mengakibatkan kos politik kepada kerajaan yang memerintah.
Dasar pemberian subsidi adalah dasar yang tidak efektif bagi rakyat miskin. Orang kaya menggunakan bahan api lebih banyak daripada orang miskin yang bermotosikal. Ini bermakna subsidi petroleum lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya.
7. PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG
Hanya 80 peratus dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM). Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.
Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti hanya sebanyak RM43,952 setahun. Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti oleh pekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia bekerja dalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah.
8. BELANJAWAN MALAYSIA DEFISIT SETIAP TAHUN SEJAK 1998
Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti minyak dan kelapa sawit, Belanjawan Negara masih defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi untuk rakyat dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014. Walaupun paras defisit keseluruhan negara telah turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36 billion.
Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport tolak import) juga telah menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37 billion pada 2013. Ini bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK pada masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 10%.
9. KETIRISAN DAN KETELUSAN NEGARA
Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003, Malaysia berada di kedudukan ke-37.
Untuk rekod, dalam Laporan Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram yang berjumlah RM880 billion di antara tahun 2002-2011. Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia mungkin lebih hebat daripada negara-negara seperti Filipina, Nigeria dan Venezuela.
10. KELEMAHAN RINGGIT DAN PENINGKATAN GAJI YANG PERLAHAN
Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah dibandingkan dengan Dollar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan Dollar Singapura (terendah dalam 15 tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Kesan kelemahan ringgit menyebabkan penurunan kuasa beli individu. Maknanya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.
Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan. Mengikut Payscale.com, kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%, Singapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama.
Kesimpulan, ekonomi adalah tunjang turun naik sesebuah masyarakat, bangsa dan negara. Saya yakin sepuluh isu ini dapat ditangani, kerajaan mapan, ekonomi cemerlang dan rakyat gemilang. Amin.
Pandangan Peribadi :
Dr. Nazri Khan
Presiden, Malaysian Association of Technical Analyst (MATA)
Exco, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

Thursday, October 16, 2014

Program Permata Rosmah ‘shortcut’ golongan kaya, kata Wanita PKR (fitnah dari wanita pkr)

link asal :

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/program-permata-short-cut-golongan-kaya-kata-wanita-pkr

Program Permata Rosmah ‘shortcut’ golongan kaya, kata Wanita PKR

Datin Seri Rosmah Mansor merupakan penaung program pra-persekolahan Permata, yang disifatkan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin hari ini sebagai 'shortcut' golongan berada. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2014.Datin Seri Rosmah Mansor merupakan penaung program pra-persekolahan Permata, yang disifatkan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin hari ini sebagai 'shortcut' golongan berada. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2014.Program Permata Negara (Permata) yang dinaungi isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, disifatkan seorang pemimpin PKR hari ini sebagai program "shortcut" golongan berada di mana hanya kanak-kanak keluarga kaya diambil menyertai program itu.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata ia satu diskriminasi terhadap kanak-kanak dari keluarga miskin.
"Bagaimana dengan nasib anak-anak yang miskin?" tanya ketua Wanita PKR itu pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Parlimen hari ini, sambil memberi contoh kumpulan muzik kanak-kanak Permata.
"Kalau betul Permata ini untuk pendidikan kanak-kanak, bantulah anak orang miskin di Sabah," katanya mencelah ucapan ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah sedang berbahas.
Shamsul di dalam ucapannya menyentuh tentang kepentingan program Permata dan mempertahankan peruntukan kewangan yang disalurkan kepadanya dalam Bajet 2015.
Kenyataan Zuraida (gambar) itu dibidas Datuk Seri Azalina Othman Said yang meminta Zuraida tidak mendiskriminasi kanak-kanak.
"Mana boleh kita diskriminasi kanak-kanak itu kaya atau miskin. Kanak-kanak tetap kanak-kanak," kata ahli Parlimen Pengerang itu.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebelum ini menafikan Rosmah menerima RM711 juta untuk Program Permata Negara. 
Sebaliknya, jumlah peruntukan itu adalah angka keseluruhan peruntukan bagi pendidikan pra-sekolah, katanya.
"Permata hanya berkongsi peruntukan berkenaan dengan Kementerian Pendidikan, Tadika Kemas dan Tadika Perpaduan," kata Ahmad.
Permata ditubuhkan pada 2007 sebagai program asuhan dan didikan awal bagi kanak-kanak berbakat di bawah umur 4 tahun. – 15 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/program-permata-short-cut-golongan-kaya-kata-wanita-pkr#sthash.41cDeEUW.dpuf

MARI FAHAM TENTANG PUSAT ANAK PERMATA NEGARA (PAPN)

by Rizal Mansor

SIRI 1

Adakah terdapat sebarang bayaran yang dikenakan?
Pemohon yang menghantar anak ke PERMATA Negara tidak akan dikenakan sebarang yuran kerana ianya merupakan program PERCUMA yang membantu KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH khususnya.


SIRI 2

Apakah kriteria atau syarat kelayakan untuk menghantar anak ke PERMATA Negara?
Gaji suami isteri hendaklah tidak melebihi RM2500 bagi kawasan bandar dan RM1500 bagi kawasan luar bandar..
Suami isteri serta anak mestilah merupakan warganegara Malaysia..
Jarak Pusat Anak PERMATA Negara tidak melebihi 10 km dari kawasan rumah atau tempat kerja..
Anak mestilah berada dalam keadaan sihat tubuh badan..
Satu anak sahaja untuk setiap keluarga yang layak untuk dimasukkan kecuali anak kembar..
Sekiranya pemohon menghantar 2 permohonan, keutamaan akan diberikan kepada anak yang lebih kecil..


SIRI 3

Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak DIBAWAH UMUR 4 TAHUN untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah satu kumpulan yang amat penting dan mereka mesti melalui satu proses perkembangan yang teratur. Sebagai modal insan yang sangat bermakna kepada masa depan negara, perlu ada satu program atau perancangan yang teratur, fokus dan bersepadu daripada mereka mula lahir hingga memasuki alam persekolahan sebagai satu strategi nasional, tambahan pula banyak negara-negara lain di dunia terutamanya NEGARA-NEGARA MAJU SUDAH MENJADIKAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEBAGAI SATU PELAN NASIONAL YANG BERSEPADU.

MARI FAHAM CABANG-CABANG PROGRAM PERMATA NEGARA

from Rizal Mansor

1. Pusat Anak Permata Negara (PAPN) - merupakan pusat asuhan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.
2. PERMATA PINTAR - program khusus untuk pelajar pintar (IQ tinggi) bagi mengelakkan 'brain drain'.. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, China, Australia, Jepun dan Korea yang telah membina program pintar mereka seawal tahun 1930an. Ini juga akan dapat memastikan Malaysia bergerak ke arah Negara industri pada tahun 2020 dan menjadikan masyarakatnya lebih inovatif dan kreatif.
3. PERMATA SENI - terbahagi kepada 3 cabang utama: Permata Seni Muzik, Permata Seni Koir dan Permata Seni Tari.
4. PERMATA INSAN -ditubuhkan dengan tujuan untuk melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
5. PERKASA REMAJA - melaksanakan dua program iaitu Community-based Empowerment (Youth in the Community) dan Camp-based Intervention untuk Mat Rempit.
6. PERMATA KURNIA - Permata Kurnia merupakan projek pertama Permata yang memberi tumpuan kepada pendidikan khas serta latihan awal untuk kanak-kanak autisme. Pusat ini mampu memberi kemudahan kepada 300 kanak-kanak yang berusia dua hingga enam tahun.
Peruntukan tahunan yang diterima oleh Permata adalah bagi melaksanakan kesemua program yang disebutkan di atas. Sekian, harap maklum.

Permata (by Yuseri Yusof)

from fb Yuseri Yusof

1. Sebelum bercakap mengenai PERMATA kita kena tahu PERMATA adalah idea DS Rosmah Mansor & dicetuskan dengan penglibatan pelbagai golongan profesional seperti peguam, ahli akademik, pendidik, pegawai perubatan, pegawai polis serta pegawai kerajaan.
2. Hasil perbincangan & pemerhatian golongan profesional ini terhadap program asuhan kanak-kanak di beberapa negara maju seperti Perancis, Australia, Amerika Syarikat & New Zealand - maka tahun 2007 program perintis PERMATA diwujudkan.
3. Melalui kejayaan program perintis PERMATA tahun 2007 - PERMATA telah diperluaskan ke seluruh negara & DS Rosmah Mansor dilantik sebagai Penaung oleh mereka yang berada dalam PERMATA.
4. Pemilihan DS Rosmah Mansor adalah kerana PERMATA idea serta cetusan beliau & kedua beliau adalah isteri kepada Perdana Menteri.
5. Bahasa mudah faham andai kata Anwar Ibrahim ditabalkan sebagai PM pada 16 September lalu - pihak2 yang terlibat dalam PERMATA mungkin tidak teragak-agak melantik Wan Azizah pula sebagai Penaung haha!
6. Penaung kepada PERMATA Negara yakni DS Rosmah Mansor tiada kuasa eksekutif & tidak terlibat dalam pentadbiran kerana PERMATA ditadbir oleh Setiausaha Bahagian bertaraf Pegawai Tadbir & Pegawai Diplomatik Jusa C.
7. Program PERMATA yang diperlekehkan oleh puak pembangkang juga telah berjaya mengharumkan nama negara - malah modul pendidikan awal kanak-kanak PERMATA dijadikan contoh oleh Kazakshtan, Bangladesh & Qatar.
8. Paling penting PERMATA tidak mendidik kanak-kanak seawal usia empat tahun tentang politik kebencian apatah lagi disuntik dengan doktrin ideologi PAS sebagaimana PASTI.
Cukuplah dulu, bimbang nanti makin kecut telor Rafizi Ramli and the gang untuk sahut cabaran debat dari Rizal Mansor - khabarnya hari ni telah masuk hari KETIGA.
Aik! Takkan dengan Pegawai Tugas Khas PM pun pembangkang goyang? haha!

Diversion from CGT - GST to Permata

from fb Rahimi

Setelah gagal untuk meyakinkan rakyat bahawa cadangan CGT mereka lebih baik dari GST, pembangkang membuat serangan berterusan kepada Permata. Bagi saya, Ini jelas menunjukkan mereka bankrap idea. Mulanya saya malas komen fitnah remeh yang mereka mainkan ini, tapi bila lama-lama tengok makin melampau pulak...

1. Tuduhan bahawa Permata tidak diaudit telah dijawab, ianya diaudit setiap tahun oleh Jabatan Audit Negara. Permata adalah badan kerajaan, dan sesiapa yang pernah kerja atau berurusan dengan kerajaan pasti tahu setiap sen yang dibelanjakan perlu melalui proses-proses yg ditetapkan. Tak logik soal DS Rosmah boleh belanja duit Permata untuk shopping!

2. Tuduhan bahawa Permata mendapat peruntukan RM711 juta juga telah dijawab. Peruntukan tersebut adalah untuk keseluruhan program pendidikan kanak-kanak dan Permata cuma mendapat kurang dari RM40juta.

3. Hari ini muncul lagi tuduhan baru mengatakan Permata cuma untuk golongan anak orang kaya dan kenapa ianya tidak dilaksanakan di Sabah dan Sarawak. Satu lagi tuduhan jahat oleh Ahli Parlimen Ampang kerana di Sabah dan Sarawak juga terdapat Pusat Anak Permata Negara. Dan antara syarat untuk menghantar anak ke Pusat Anak Permata Negara adalah ibubapa perlu berpendapatan RM2500 ke bawah di bandar dan RM1500 ke bawah di luar bandar. Ini orang kaya ke?

4. Contoh program Musik yang disebut MP Ampang itu adalah Permata Seni dan bukanya Pusat Anak Permata Negara dan saya tak nampak bahawa ianya juga adalah untuk anak-anak orang berada. Bergantung pada bakat mereka dalam seni, seni tidak mengenal kaya atau miskin.

5. Tahukah anda anak-anak Permata Seni yang kononnya dilabelkan oleh Zuraidah ini sebagai golongan 'Berada' pernah membuat konsert amal dan meraih jutaan ringgit derma untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh dunia?

6. Permata adalah program yang baik untuk pendidikan awal kanak-kanak. Saya sendiri menghantar anak saya di pusat pendidikan swasta untuk mendapat pendidikan seawal dua tahun. Hasilnya memang memberangsangkan!

7. Serangan pembangkang cuma bertujuan untuk sensasikan isu kerana penaung Permata adalah isteri Perdana Menteri. Cuma Penaung! Dan tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk meluluskan sebarang perbelanjaan Permata.

Tapi saya percaya, serangan berterusan begini pada satu hari nanti akan 'backfire' apabila rakyat mula melihat mereka tidak ada modal dan suka membuat serangan tertumpu kepada DS Rosmah dan bukannya membahas dasar-dasar kerajaan secara 'constructive'.

p/s: kalau ada pembantu-pembantu ahli parlimen pembangkang yang ada dalam friendlist saya terbaca status ni, tolonglah beritahu Bos anda untuk hentikan kerja bodoh sebegini!