Tan Sri Muhammad Ali dalam ucapannya, menegaskan sinergi antara GLC yang dikawal kerajaan harus bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan. Usahawan tempatan tidak kurang mempunyai bakat2 baru dan sudah terbukti ke luar negara. Dalam pada itu, penswastaan GLC adalah langkah bahaya jika dilaksanakan kerajaan. Sebaliknya, syarikat GLC tempatan wajar di restructuring semula berpandukan konsep waqaf korporat.
Beliau juga berterima kasih kepada Matrade atas inisiatif2 yang diberikan kepada usahawan2. DPIM juga memanfaatkan insentif2 kerajaan dengan mengadakan lawatan bisnes ke Kazakhstan, Indonesia, Singapura, dan Turki. Lebih banyak misi dagangan akan dianjurkan pada masa hadapan.
Tan Sri Muhammad Ali Bin Hashim memberi taklimat projek Persada AWQAF Putrajaya kepada CEO Matrade, Dato Zulkifli Bin Mahmud
Menuju ke ruang pentas
Tan Sri Muhammad Ali memulakan Bicara Waqaf
CEO Matrade, Dato Zulkifli Bin Mahmud
Liputan Berita TV Tempatan
Liputan Akhbar Tempatan