Wednesday, March 25, 2009

Sunday, March 15, 2009

Sacramento Tent City Is Just One of Dozens in an Ailing America




Sacramento Tent City Is Just One of Dozens in an Ailing America


by Mike Harvey


Across America, from Washington State to Nevada, Georgia and even Florida, homeless advocacy groups and city agencies are reporting the biggest rise in homeless encampments in a generation, as the US economy takes a spectacular plunge.
Last week Michelle Obama served mushroom risotto to homeless diners at a shelter in Washington. "We are facing tough times in this country," the First Lady said. "There is a moment in time when each and every one of us needs a helping hand."
The economic figures behind her call for community action have been relentless. The recession, which began as a crisis of homeowners unable to pay their mortgages but has spread to every part of the economy, took away 650,000 Americans' jobs for a record third straight month in February as unemployment climbed to a 25-year peak of 8.1 per cent. Around 12.5 million people are looking for work - more than the population of the state of Pennsylvania. No one is immune: the jobless rate for college graduates has hit its highest point.
The result is a proliferation of tent cities, such as the one in Sacramento. While it is the best-known shantytown in America - thanks mostly to an Oprah Winfrey special on the "new faces of the homeless" last month - it is only one of dozens. California, with its milder weather, has always attracted its fair share of people living on the streets. But the Golden State is being hit hard by the recession. In February it had the highest number of repossession filings - 80,775 - of anywhere in the US, up 51 per cent in a year according to the website RealtyTrac. Auction sale notices almost tripled to 18,831.
The relatively smart city of Santa Barbara has given over a car park to people who sleep in cars and vans, and authorities in Fresno are trying to manage several proliferating tent cities, including an encampment where people have made shelters out of scrap wood.
For the city authorities, strapped for cash and making deep cuts to staff and budgets themselves, the homelessness problem is not a priority. But as more people pitch their tents the pressure to do something other than just turn a blind eye is mounting.
President Obama's recovery and reinvestment plan is now beginning to be set in motion. His plan to stop repossessions by aggressive restructuring of existing mortgages would allow up to nine million people to avoid losing their homes. Most of the stimulus effect, however, will not be felt for months.


Copyright 2009 Times Newspapers Ltd.

Monday, March 2, 2009

Kurangkan Politik Pesatkan Rangsangan Ekonomi

Saya rasa artikel Pak Kadir agak lengkap menerangkan situasi ekonomi sekarang. url asal http://kadirjasin.blogspot.com/2009/02/kurangkan-politik-pesatkan-rangsangan.html

Friday, February 06, 2009

Kurangkan Politik Pesatkan Rangsangan Ekonomi

BANYAK pembahas berasa gusar kerana kita nampaknya terlalu banyak menumpukan masa, tenaga dan sumber kewangan kepada politik. Mereka meminta saya mengulas mengenai ekonomi.Sebelum itu, kita terpaksa terima hakikat, iaitu apabila kita menabur angin -- dengan tersilap membuat perkiraan politik, sama ada politik dalam parti atau antara parti --maka kita hendaklah bersedia menuai badai.Pembahas Sawit Futures Trader yang mencari makan dengan bergiat di pasaran hadapan komoditi, antara lain menyebut:“Dato' (Datuk) boleh tulis artikel tentang kesan pakej rangsangan ekonomi setakat ini. Atau kesan daripada pelan tindakan ekonomi negara jiran (terutamanya Singapura) ke atas Malaysia."Tak kan Dato' (Datuk) tak sedar perangkaan dan jangkaan tahap pengangguran 2009 yang diwartakan oleh beberapa autoriti serantau baru-baru ini...”.Saya rasa tidak ada siapa pun yang boleh memberi jawapan yang tepat dan khusus mengenai situasi ekonomi sekarang. Beberapa hari lalu, Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) meramalkan ekonomi negara-negara di Asia akan pulih semula tahun depan tetapi ada juga ramalan ia akan berterusan sehingga tahun 2011.Daripada pemerhatian rambang saya dan hasil persidangan sehari “Global Financial Crisis –Mapping the Blueprint for Survival” yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur pada 4 Februari lalu, izinkan saya sedikit ruang untuk mengemukakan fakta dan pandangan berikut:
  1. Krisis kali ini lebih buruk dan luas daripada krisis kewangan serantau yang melanda Asia Timur dan Asia Tenggara pada tahun 1997/98;
  2. Krisis kali ini berpunca dan bermula di Amerika Syarikat akibat krisis subprima dan merebak dengan pantas ke seluruh dunia, khasnya ke negara-negara maju;
  3. Disebabkan Amerika adalah ekonomi terbesar di dunia, kemelesetan ekonominya menjejas ekonomi dunia keseluruhannya;
  4. Malaysia bergantung terus kepada Amerika sebagai salah satu destinasi utama eksport dan sumber penting pelaburan asing;
  5. Krisis subprima yang menyebabkan banyak institusi kewangan dan peminjam, khasnya pemilik rumah, muflis menjejas kuasa membeli Amerika;
  6. Apabila pengguna Amerika dan negara-negara maju yang lain mengurangkan import, eksport kita akan berkurangan;
  7. Kilang-kilang yang mengeluarkan barangan untuk pasaran Amerika dan dunia terpaksa mengurangkan pengeluaran atau ditutup terus;
  8. Ada anggaran mengatakan seramai 400,000 pekerja sama ada sudah hilang pekerjaan atau tidak lagi mempunyai pekerjaan sepenuh masa atau tetap dan 200,000 lagi dalam ancaman;
  9. Pekerja yang hilang pekerjaan atau tidak lagi mendapat gajian penuh akan mencetuskan reaksi berangkai (chain reaction) – tiada pekerjaan tiada pendapatan, tiada pendapatan tiada perbelanjaan, tiada perbelanjaan tiada pengeluaran dan tiada pengeluaran kilang terpaksa ditutup menyebabkan lebih ramai lagi pekerja yang akan menganggur;
  10. Anggaran pengangguran yang sangat membimbangkan ini wajib diberi perhatian kerana ia mungkin tepat. Ini kerana bukan semua pekerja berdaftar, bergaji tetap atau mempunyai majikan. Ramai yang bekerja sendiri;
  11. Justeru itu adalah sangat penting ekonomi dalam negara (domestic economy) diberi rangsangan agar kepenggunaan boleh dikekalkan pada tahap yang tinggi kerana kepenggunaan (consumption) memberi kesan langsung kepada pengeluaran (production) dan seterusnya kepada guna tenaga (employment)
  12. Dalam suasana ekonomi global yang lembap beginilah kerajaan perlu menambah perbelanjaan awam (public expenditure) bagi mengimbangi perbelanjaan sektor swasta yang berkurangan;
  13. Persidangan yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir itu sependapat kerajaan wajib melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi (Economic Stimulus Package) yang kedua secepat mungkin;
  14. Pakej itu hendaklah cukup besar, dengan tujuan yang jelas dan memberi kesan yang juga jelas (large, purposeful and impactful). Ada anggaran mengatakan peruntukan hingga RM30 bilion diperlukan;
  15. Setiap ringgit dibelanjakan wajib dipantau pengalirannya agar sampai kepada matlamat yang dituju, iaitu rakyat jelata dan pengguna di peringkat paling bawah;
  16. Peserta persidangan kurang pasti, justeru itu kurang yakin dengan keberkesanan pakej pertama yang dilancarkan tahun lalu bernilai RM7 bilion;
  17. Sebahagian peruntukan pakej kedua ini wajib ditujukan dan diberikan terus kepada pengguna, khasnya golongan terancam seperti ibu tunggal, rakyat miskin dan mereka yang menjaga ibu bapa yang tua;
  18. Selain “memaksa” sistem bank yang nampaknya semakin enggan mengeluarkan pinjaman agar tidak menjadi kurang ajar, kerajaan wajar memikirkan kemungkinan mengambil alih tabungan sistem bank jika ia terus degil;
  19. Kerajaan boleh menambah kecairan dan mengurangkan lagi kos modal dengan mengeluarkan wang (dana) daripada pelbagai tabung pembangunan awam dan swasta seperti tabung tanam semula getah dan kelapa sawit, tabung penyelidikan, tabung pembangunan sumber manusia dan tabung pendidikan tinggi;
  20. Mohd Najib sebagai Menteri Kewangan dan bakal Perdana Menteri, memikul tanggungjawab yang sangat besar dan berat;
  21. Kalau beliau pandai mencari nasihat dan tidak takut berkawan dengan orang yang pakar, harapan beliau menyelamatkan ekonomi negara akan bertambah cerah;
  22. Suka atau tidak, beliau terpaksa mengakui kepakaran dan pengalaman orang seperti Dr Mahathir, Daim Zainuddin, Thong Yaw Hong, Zeti Akhtar Aziz, Tengku Razaleigh Hamzah, Mustapha Mohamed, Lin See Yan dan Ramon Navaratnam dalam menangani krisis ekonomi;
  23. Saya sangat gembira melihat beberapa orang pegawai kanan kerajaan, termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, (Tan Sri) Wan Abdul Aziz Abdullah, hadir di persidangan itu;
  24. Harus diingat bahawa pakej rangsangan berbilion ringgit tidak bermakna kalau tidak ditujukan kepada sektor dan kegiatan yang produktif dan dipantau dengan terperinci;
  25. Apa yang menyebabkan ekonomi Malaysia nampak tidak menyerlah pada beberapa tahun kebelakangan ini berpunca daripada krisis keyakinan. Pelabur dan pengguna kurang yakin dengan dasar-dasar dan projek-projek kerajaan serta perlaksanaannya;
  26. Bagi Mohd Najib, tidak akan ada bulan madu atau waktu percubaan. Dia terpaksa bertindak segera dan bekerja keras mengembalikan keyakinan umum terhadap pengurusan dan pentadbiran ekonomi negara;
  27. Saya kurang kemampuan dan keberanian untuk membuat analisis terperinci ke atas pakej rangsangan ekonomi yang lalu dan kesannya kerana saya tidak berada dalam lingkaran maklumat – information loop;
  28. Daripada pengalaman lalu, saya rasa sebuah badan bertindak berkuasa tinggi seperti Majlis Bertindak Ekonomi Negara (NEAC) wajib diwujudkan semula; dan
  29. Saya hanya boleh mengimbau kembali ingatan kepada krisis 1997/98 apabila saya berada dalam lingkaran maklumat. Waktu itu, pengaliran maklumat diuruskan dengan sangat terperinci untuk memudahkan tindakan dan mewujudkan keyakinan.

Apa pun kedudukannya, kita semua amat berharap kerajaan pusat dan negeri, tidak kira Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, tidak terperangkap dalam kemelut politik sehingga lalai menangani krisis yang sangat menakutkan ini.Mungkin tidak keterlaluan kalau kita mengharapkan kemunculan satu mekanisme yang menyerupai pentadbiran perpaduan nasional (national unity administration) yang membabitkan semua pihak dan parti politik bagi menangani krisis ini.Kesan dan petunjuk semasa kurang memberi keyakinan bahawa kita mempunyai kapasiti dan ketahanan yang mencukupi untuk mengharungi krisis ini dalam jangka masa panjang. Persepsi negatif seperti itu wajib dihapuskan agar wujud semula keyakinan.Persidangan yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir dan dihadiri pakar-pakar asing, kapten-kapten industri, para penyelidik, cendekiawan dan pegawai kanan kerajaan itu mengemukakan banyak pandangan dan cadangan. Saya harap kerajaan tidak menolaknya tanpa terlebih dahulu menelitinya.


Posted by A KADIR JASIN at 12:43 PM

komen saya -

  • Majlis Tindakan Ekonomi - libatkan juga Dr Abu Hassan Hasbullah (Pengarah Zentrum Future Study, UM), Datuk Salleh Majid (mantan Presiden BSKL), Datuk Dr Kamal Salleh (mantan Dekan Fakulti Sains Sosial USM & mantan Pengarah MIER) & lain - lain pakar